Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penubuhan Persatuan Bekas Staf RASCOM (Awam) Sibu diluluskan oleh ROS
  • Tengah
  • WILAYAH

Penubuhan Persatuan Bekas Staf RASCOM (Awam) Sibu diluluskan oleh ROS

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UNTUK ALBUM…Belayong (barisan depan, enam kanan), Anthony (barisan depan, tiga kiri), Catherine (barisan depan, dua kiri) dan ahli yang lain semasa menghadiri perjumpaan semula di Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Persatuan Bekas Staf RASCOM (Awam) Sibu telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 13 Februari 2025.

Dipengerusikan oleh Belayong Pok, persatuan ini dianggotai oleh bekas staf dalam komponen RASCOM (Awam) yang pernah berkhidmat dengan RASCOM sejak penubuhannya pada 26 Mac 1972 sehingga RASCOM dibubar pada 1995.

Sehingga sekarang Persatuan ini mempunyai seramai 32 bekas staf Rascom (Awam) yang telah mendaftar sebagai ahlinya.

Menurut maklumat berkenaan persatuan yang diberikan kepada pemberita semalam, matlamat persatuan ini adalah untuk menyatukan bekas Staf RASCOM (Awam) ke dalam satu gabungan kekeluargaan.

Selain itu, ia juga dijadikan landasan untuk saling membantu di antara satu sama lain di samping memelihara, menjaga dan memperjuangkan kepentingan serta keperluan kebajikan ahli termasuk ahli keluarga terdekat dan juga pewaris bekas staf yang telah meninggal dunia.

Mengulas lanjut maklumat itu memberitahu bahawa komponen staf RASCOM (Awam) merupakan satu daripada tiga komponen utama dalam pembentukan struktur organisasi RASCOM.

“Komponen staf RASCOM (Awam) bertindak merancang strategi dan menggerakkan aktiviti atau program melalui satu Gerakan yang sangat berkesan diistilahkan sebagai Gerakan Perang-Saraf menyantuni masyarakat tempatan di kawasan operasi RASCOM supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan propaganda pengganas komunis.

Pendekatan bersepadu diselaraskan tiga komponen utama iaitu pasukan tentera, polis dan awam yang digerakkan secara strategik telah akhirnya membuahkan kejayaan yang sangat berkesan sehingga berjaya membanteras dan melenyapkan ancaman pengganas komunis dan memulihkan keadaan kehidupan di kawasan Sungai Rajang kembali aman dan tenang,” kata maklumat itu.

Sementara itu, perjumpaan semula (Reunion) melalui makan tengahari telah diadakan pada 26 April lalu bertempat di sebuah hotel di sini.

Tujuannya dilihat sebagai titek permulaan bagi mengesan dan menyatukan bekas staf RASCOM (Awam) setakat yang mampu untuk terus mengambil peluang mendaftar sebagai ahli.

Turut hadir Timbalan Pengerusinya Anthony Luta, Setiausaha Catherine Kundau dan semua ahli jawatankuasa (AJK) dan ahlinya.

RASCOM satu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Rajang Area Security Command’ atau Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang yang mana penubuhannya tercetus daripada beberapa insiden ancaman, kekacauan, pemusnahan harta benda awam dan paling tragik sehingga pembunuhan brutal ke atas Ketua Masyarakat dan Pegawai Polis oleh pengganas komunis di kawasan Bahagian Ke-3, 6 & 7 Sarawak ketika itu oleh ahli-ahli Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (BKPKKU).
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usaha perkukuh penyampaian maklumat dasar kerajaan kepada rakyat
Next: SJKC Hua Kee perkukuh ilmu keselamatan melalui ceramah bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.