Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penubuhan Majlis Presiden PN cadangan UMNO
  • NASIONAL

Penubuhan Majlis Presiden PN cadangan UMNO

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sidang media pada Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Dec 2 -- Pontian Member of Parliament Datuk Seri Ahmad Maslan at a press conference during the Third Session of the 14th Term of Parliament at Parliament House today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT SRESERVED

AHLI Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sidang media pada Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: UMNO bersetuju dengan cadangan pembentukan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) sebagai platform membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, penubuhan majlis itu dicadangkan UMNO kerana ia penting bagi memutuskan perkara berkaitan dasar-dasar kerajaan, sekali gus mengelakkan parti itu daripada ketinggalan maklumat kerana Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berada dalam kabinet kerajaan,”Sebenarnya cadangan Majlis Presiden ini kami (UMNO) sendiri utarakan. Saya diminta mewakili presiden dalam satu perjumpaan dengan perdana menteri dan menyuarakan cadangan ini kira-kira lebih sebulan lepas,” katanya kepada Bernama di Bangunan Parlimen. 

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan semalam berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi PN Selasa lepas bersetuju membentuk Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua parti kerajaan PN.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Ahmad mencadangkan supaya darurat dilaksanakan di Bugaya seperti di Parlimen Batu Sapi manakala bagi PRK Gerik boleh dipertimbangkan mengikut keadaan semasa situasi Covid-19 negara.

Katanya, memandangkan Gerik merupakan zon hijau, PRK boleh dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk tanpa kempen rumah ke rumah.

“UMNO telah beberapa kali melakukan perbincangan mengenai pelaksanaan PRK Gerik dengan kerajaan negeri Perak tetapi hingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat termasuk mengenai calon,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan PRK Parlimen Gerik dan DUN Bugaya diadakan serentak pada 16 Januari 2021.

Kedua-dua kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang Allahyarham Datuk Hasbullah Osman (Barisan Nasional-Gerik) dan Allahyarham Datin Manis Muka Mohd Darah (Warisan-Bugaya). – Bernama

Continue Reading

Previous: Pemberian vaksin pneumokokal bermula semalam
Next: 888,000 pekerja asing perlu disaring

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.