Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penubuhan AirBorneo cetus respons positif pelbagai lapisan masyarakat
  • SEMASA

Penubuhan AirBorneo cetus respons positif pelbagai lapisan masyarakat

Utusan Sarawak 3 months ago
GAMBAR 1. Regina Robin, 29, pentadbir pejabat 2. Gloria Briding, 29, kerana 3.Tiong Mei Yuk, 27, pelajar IPTA 4. Joel Mcgillvray Jely, 26, pelajar IPTA 5. Gary Ladislas Valentine, 29, ahli kimia, dan 6. Mark Emils, 29, pereka grafik.

KUCHING: Pengumuman penubuhan syarikat penerbangan baharu Sarawak, AirBorneo, oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah mendapat sambutan positif daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh sektor penerbangan negeri, merangsang pertumbuhan ekonomi, serta meningkatkan keterhubungan domestik dan antarabangsa.

Regina Robin, 29, seorang pentadbir pejabat, menyifatkan AirBorneo sebagai lambang kebanggaan rakyat Sarawak.

“Saya berharap syarikat ini dapat meningkatkan aksesibiliti ke seluruh negeri, menawarkan tambang lebih kompetitif, serta membantu mempromosikan identiti budaya Sarawak di peringkat global,” katanya.

Gloria Briding, 29, seorang kerani, menekankan kepentingan elemen budaya dalam imej AirBorneo.

“Selain tambang yang lebih murah dan sistem operasi yang cekap, saya berharap syarikat ini menampilkan ciri-ciri unik Sarawak dalam rekaan pesawat serta perkhidmatannya,” ujarnya.

Dari perspektif pelajar, Tiong Mei Yuk, 27, menegaskan keperluan harga tiket dan caj kargo yang berpatutan.

“Sekiranya AirBorneo dapat menawarkan kadar istimewa kepada Bumiputera Sarawak serta rakyat tempatan, ia pasti memberi manfaat besar. Selain itu, aspek ketepatan masa penerbangan dan kestabilan kadar kargo juga perlu diberi perhatian,” katanya.

Joel Mcgillvray Jely, 26, turut berharap syarikat ini memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak dalam aspek subsidi tambang dan elaun kargo percuma, seiring dengan insentif yang pernah ditawarkan oleh syarikat penerbangan lain.

Sementara itu, Gary Ladislas Valentine, 29, seorang ahli kimia, melihat AirBorneo sebagai pemangkin pembangunan luar bandar.

“Saya berharap syarikat ini membuka lebih banyak laluan ke kawasan pedalaman, sekali gus memudahkan mobiliti penduduk serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat,” katanya.

Mark Emils, 29, seorang pereka grafik, menyuarakan harapan agar AirBorneo menjadi penyumbang utama kepada sektor pelancongan dan pelaburan negeri. 

“Keupayaan syarikat ini dalam menarik lebih ramai pelancong, memperluas laluan penerbangan, dan mewujudkan peluang pekerjaan akan menjadi penanda aras kejayaannya,” katanya.

Penubuhan AirBorneo menandakan komitmen kerajaan Sarawak dalam membangunkan industri penerbangan negeri secara holistik. Kejayaan syarikat ini bergantung kepada keberkesanan operasinya dalam menawarkan perkhidmatan berkualiti, tambang berdaya saing, serta laluan penerbangan yang memenuhi keperluan rakyat dan ekonomi negeri.

Dengan strategi yang mampan dan sokongan berterusan, AirBorneo berpotensi menjadi pemacu utama pertumbuhan industri penerbangan Sarawak, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai hab penerbangan serantau.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banjir: Pihak swasta sumbang RM2.45 juta kepada JPBN Sarawak
Next: Persiapan Perhimpunan Agung PBB berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.