Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pentas pembelajaran baharu lengkapkan kemudahan SK Pulau Melayu
  • Utara
  • WILAYAH

Pentas pembelajaran baharu lengkapkan kemudahan SK Pulau Melayu

Utusan Sarawak 7 hours ago
TINJAU… Datuk Sebastian Ting Chiew meninjau pentas baharu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Melayu di Miri yang telah siap.

MIRI: Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Melayu di sini kini mempunyai pentas pembelajaran baharu selepas projek di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) siap sepenuhnya dengan kos RM100,000.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, pembinaan kemudahan itu bertujuan meningkatkan keselesaan serta keupayaan sekolah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti.

“Sekolah ini sebelum ini tidak mempunyai dewan terbuka. Melalui peruntukan RTP sebelum ini, sebuah bangsal berbumbung telah dibina dan kini ditambah dengan pembinaan pentas bagi melengkapkan kemudahan sedia ada,” katanya semasa lawatan ke sekolah berkenaan, hari ini.

Projek itu bermula pada 27 Oktober 2025 dan dijadualkan siap pada 26 Januari 2026. Namun begitu, projek berkenaan berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asal.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pihak kontraktor yang berjaya menyiapkan projek tersebut lebih awal daripada jadual dan diserahkan pada 3 Januari lalu.

Sebastian Ting berharap kemudahan baharu itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga sekolah bagi penganjuran program akademik dan kokurikulum.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga salur bantuan segera atasi gangguan bekalan air di SMK Lingga
Next: Naik taraf sistem perparitan di Saratok jadi keutamaan tangani banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.