Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pentas lahirkan pemain berbakat
  • SUKAN

Pentas lahirkan pemain berbakat

Utusan Sarawak 5 years ago
TENAGA PENTING… Inilah barisan pegawai dan jurulatih SU III.

FAIZAL BUJANG

KEMPEN Liga Piala Presiden 2020 dibawah kelolaan badan induk tertinggi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat langkah yang amat bertepatan sekali.

Tidak hanya pendekatannya berperanan merancakkan program pembangunan sukan nombor satu itu di negara ini.

Bahkan, tempoh yang sama mampu menjadi medan terbaik kearah melahirkan ramai pemain muda berbakat.

Ia mengambil kira himpunan pemain yang mewakili kesemua negeri serta kelab yang menyertai Liga Malaysia 2020.

Itu kata Pengurus Pasukan Sarawak United III, Phillip Jabu tatkala diminta mengulas sepintas lalu mengenai perkara itu.

“Apa yang kita harapkan, dengan usaha mengelolakan kejohanan ini (Liga Piala Presiden 2020) bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pemain muda serata negeri mengetengah bakat masing-masing.

“Bahkan dapat menyaksikan kemunculan lebih ramai pemain berpotensi untuk diketengah ke peringkat lebih tinggi,” ujar Phillip.

Katanya, adalah menjadi harapan besar pihaknya platform tersebut dapat menyumbang kepada pembangunan sukan bola sepak negeri ini.

Dengan erti kata lain Phillip percaya adanya liga seumpama itu dapat memastikan negara tidak akan tandus bakat pemain pelapis.

Sekali gus dapat menampung keperluan kepada badan induk dalam menghadapi setiap kejohanan diperingkat lebih tinggi.

Skuad Sarawak United III musim ini dikendali oleh jurulatih berpengalaman, Ahmad Fairuz Mohd. Yunus.

Musim ini pasukan berkenaan berada dalam Kumpulan B (Zon Selatan) dan kini menghuni tangga ke-8 mengumpul empat mata selepas mengharungi tiga perlawanan sebelum aksi Liga Malaysia 2020 dihentikan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan.

Continue Reading

Previous: Real Madrid kembali jalani latihan
Next: Pemain hadapi protokol latihan baharu ketat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.