Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pentadbiran harus diubah ikut keperluan semasa
  • TEMPATAN

Pentadbiran harus diubah ikut keperluan semasa

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMAT DATANG… Dato Sri Dr. Stephen Rundi hadir untuk merasmikan majlis.

SEBAUH: Hubungan rapat di antara Kerajaan Sarawak dengan agensi dan jabatan kerajaan yang lain di daerah ini penting dalam usaha memastikan pembangunan Sebauh.

Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ini sekali gus melibatkan kerjasama dengan masyarakat setempat.

“Saya berharap agar Kerajaan Sarawak dapat mengubah cara mereka mentadbir penduduk di kawasan luar bandar terutamanya penduduk kawasan Sebauh supaya pembangunan dapat dibawa ke kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) 2020 anjuran Jabatan Pertanian Sarawak di Rumah Jimbai Saban, Sungai Gerong Ulu Sebauh.

Menurutnya, dengan kerjasama semua pihak akan memudahkan setiap perancangan pembangunan yang telah direncanakan.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, menyeru supaya cara pentadbiran perlu diubah mengikut peredaran dan keperluan semasa.

“Sebagai wakil rakyat, saya melihat memang perlu diubah cara melaksanakan tugas kerana cara pentadbiran yang tidak betul boleh menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Jenny Bangga, Pegawai Pertanian Sebauh George Kana dan Penghulu Micheal Lanyau.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Bidang survei janjikan masa depan cerah
Next: Tun Taib beri sumbangan kepada barisan hadapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.