Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penonton diusir susulan gangguan pada permulaan final Snuker Dunia Lelaki
  • SUKAN

Penonton diusir susulan gangguan pada permulaan final Snuker Dunia Lelaki

Utusan Sarawak 12 hours ago
PERLAWANAN Kejohanan Dunia Snuker antara Shaun Murphy dan Wu Yize. Foto Facebook WST.

SHEFFIELD: Perlawanan Kejohanan Dunia Snuker antara Shaun Murphy dan Wu Yize bermula dalam keadaan kecoh apabila seorang penunjuk perasaan dikeluarkan dari Crucible di Sheffield, selain pengadil Rob Spencer menegur penonton kerana tidak mematikan telefon bimbit mereka ketika permainan berlangsung, lapor PA Media/dpa.

Seorang penonton wanita segera dikeluarkan oleh pegawai keselamatan hari ini selepas menjerit di pertengahan frame ketiga ketika pemain China berusia 22 tahun itu sedang bersedia membuat pukulan.

Kejadian itu berlaku selepas gangguan serupa pada lewat separuh akhir semalam antara Wu dan Mark Allen, apabila seorang penonton menjerit “jangan lupa fail Epstein” sebelum turut diiring keluar dari arena.

Dalam insiden berasingan, Murphy melemparkan alat sokongan miliknya kerana kecewa selepas gagal memasukkan bola hijau pada frame kedua, dipercayai terganggu oleh bunyi deringan telefon.

Insiden itu mendorong Spencer menegur penonton pada akhir frame dengan memberi amaran: “Pastikan telefon anda dalam mod senyap atau dimatikan. Jangan jadi individu yang terpaksa diusir keluar.” – Bernama

Continue Reading

Previous: Piala Uber: Ha Na-Hye Jeong anggap kemenangan ke atas China sebagai satu kerja gila
Next: United tundukkan Liverpool, sah tiket Liga Juara-Juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.