
NIAH: Dua pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai, yang merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dikhuatiri lewat untuk menduduki peperiksaan Geografi pada 11.30 pagi ini.
Penolong Kanan SMK Suai, Wong Ling Ing, ketika ditemui di Saeh berkata, beliau terpaksa turun padang menjemput pelajar Jun Martell dari Rumah Panjang Tuai Rumah Edward Jampi dan Douglas Tumba Kristi (Rh Danggang) agar mereka tidak tercicir daripada menduduki ujian tersebut.
“Turun padang ini penting kerana kawasan Saeh telah mengalami banjir kilat dan sukar untuk pelajar keluar.
“Seramai 22 calon SPM SMK Suai, terjejas dan seorang calon menumpang SMK Bakong,” katanya.
Turut berada di lokasi sama menunggu kedua-dua pelajar itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, dan Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis.
Oleh Adum Liu