Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penjual terkesan akibat banjir
  • TEMPATAN

Penjual terkesan akibat banjir

Utusan Sarawak 4 years ago
MENANTI… Thian Ah Tong yang kini kembali menjual rojaknya dan masih menunggu kedatangan pelanggan.

KUCHING: Bencana banjir yang melanda beberapa hari lepas meninggalkan pelbagai kesan terhadap orang ramai termasuk para penjual di Tebingan Sungai Kuching (Waterfront Kuching).

Menurut Thian Ah Tong, 70, seorang penjual rojak di Waterfront Kuching, banjir yang melanda mengakibatkan beliau terpaksa menutup stall kedai.

“Banjir tersebut kelihatan amat teruk meskipun ia tidak menenggelamkan Waterfront secara keseluruhannya, akan tetapi bahagian pejalan kaki di sini dipenuhi dengan air.

“Hujan yang lebat juga mengakibatkan kami tidak membuat jualan,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa bencana banjir tersebut menyumbangkan kerugian terhadapnya.

“Saya dan isteri tidak dapat membuka stall dan melakukan jualan seperti biasa dan hal tersebut mengakibatkan kami mengalami kerugian yang agak besar,” jelasnya.

Ditanya mengenai kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan, beliau mengulas bahawa ia turut memberi kesan terhadap jumlah kedatangan pelanggan.

“Sebelum PKP, ada beberapa pelanggan yang datang membeli akan tetapi sejak ia dilaksanakan semula, kami tidak hanya kehilangan pelanggan akan tetapi kawasan di sekitar ini juga sunyi.

“Setidak-tidaknya sebelum PKP dan sebelum musim hujan, ada ramai orang yang bersiar-siar di sini dan ada yang datang untuk singgah dan membeli rojak,” tambahnya.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Utusan Sarawak semalam, keadaan di Waterfront Kuching kelihatan lengang dan tidak ramai yang beriadah seperti sebelum ini.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Petugas barisan hadapan, mangsa banjir terima bantuan
Next: Kontraktor kesal aduan tidak diambil tindakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.