Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penjawat awam didakwa palsukan dokumen
  • NASIONAL

Penjawat awam didakwa palsukan dokumen

Utusan Sarawak 4 years ago

JOHOR BAHRU, 25 Julai -- Seorang penjawat awam di sebuah badan berkanun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas empat pertuduhan menggunakan dokumen pesanan pembekalan benih nanas yang tidak dibekalkan melibatkan nilai RM41,025, enam tahun lalu. Tertuduh, Hasren Amat Sibani@Fahrudin, 40, didakwa dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya iaitu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) suatu dokumen pesanan pembekalan benih nanas yang mengandungi butiran matan palsu iaitu pembekalan benih nanas tidak dibekalkan seperti dalam tuntutan. Tertuduh yang merupakan Pembantu Ehwal Ekonomi di LPNM, didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat LPNM Malaysia Wilayah Selatan di Pontian, sekali pada April 2015 dan Mei 2015 dan dua kali pada Disember 2015. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

DITUDUH…Seorang penjawat awam di sebuah badan berkanun mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas empat pertuduhan menggunakan dokumen pesanan pembekalan benih nanas yang tidak dibekalkan melibatkan nilai RM41,025, enam tahun lalu.• Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam di sebuah badan berkanun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini atas empat pertuduhan menggunakan dokumen pesanan pembekalan benih nanas yang tidak dibekalkan melibatkan nilai RM41,025, enam tahun lalu.

Tertuduh, Hasren Amat Sibani@Fahrudin, 40, didakwa dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya  iaitu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) suatu dokumen pesanan pembekalan benih nanas yang mengandungi butiran matan palsu iaitu pembekalan benih nanas tidak dibekalkan seperti dalam tuntutan.

Tertuduh yang merupakan pembantu ehwal ekonomi di LPNM, didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat LPNM Malaysia Wilayah Selatan di Pontian, sekali pada April 2015 dan Mei 2015 dan dua kali pada Disember 2015.

Hasren didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ikhwan Ihsan Jalaludin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Salleh Togimin.

Terdahulu, Ikhwan Ihsan memohon mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 bagi perbuatan yang dilakukan tertuduh namun Mohd Salleh memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh menanggung seorang isteri, tiga orang anak serta dua anak saudara selain perlu menjalani rawatan fisioterapi kerana bahagian badannya terbakar selepas terlibat kemalangan.

Hakim Datuk Abdul Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa dan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos ini bagi sebutan kes dan serahan.

— Bernama

Continue Reading

Previous: 17,053 syarikat berdaftar dengan PIKAS
Next: Rais Yatim dilantik pengerusi baharu JKMR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.