Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penjawat awam di KL, Putrajaya dan Labuan dapat cuti gantian pada 2 Februari
  • SEMASA

Penjawat awam di KL, Putrajaya dan Labuan dapat cuti gantian pada 2 Februari

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Penjawat awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menikmati satu hari cuti gantian pada Isnin, 2 Februari, susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam pada Ahad, 1 Februari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan penetapan itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang memperuntukkan sekiranya mana-mana hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.

“Walaupun Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam jatuh pada tarikh yang sama, pegawai perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hanya akan menikmati tundaan hari kelepasan am pada hari berikutnya iaitu 2 Februari).

“Bagi pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan pula, tundaan hari kelepasan am bagi Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari (Ahad) juga pada 2 Februari,” menurut kenyataan itu.

JPA memberitahu penetapan cuti gantian akibat pertindihan tersebut seperti yang dinyatakan dalam siaran media mengenai cuti umum sempena perayaan Thaipusam dan Hari Wilayah bagi pekerja swasta pada 1 Februari 2026, yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) pada 31 Disember lepas adalah tidak terpakai kepada penjawat awam.

Dalam kenyataan berkenaan, JTKSM memaklumkan cuti Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Panglima Armada Barat TLDM dan Lumut Naval Shipyard
Next: Sabah–Sarawak perkukuh kerjasama, bentang operasi AirBorneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.