Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penjawat awam cedera parah dihempap pokok di Lawas
  • KEMALANGAN

Penjawat awam cedera parah dihempap pokok di Lawas

Utusan Sarawak 24 hours ago
BANTUAN SEGERA…anggota bomba menyelamatkan mangsa yang dihempap pokok. Foto: Bomba Lawas 

LAWAS: Seorang penjawat awam cedera parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah dalam kejadian di hutan Kampung Murud Suang, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Clarence D. Primus Tiandun, berkata sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 38 kilometer dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.04 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa lelaki berusia 37 tahun itu dihempap pokok ketika melakukan kerja ukur tanah di kawasan berkenaan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk hentakan pada bahagian kepala dan bahu serta disyaki patah tulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi yang melibatkan enam pegawai dan anggota bersama tiga jentera bomba ditamatkan pada 2.08 petang.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kes kemalangan maut di lampu isyarat Jalan Keruing, Kuching
Next: Lelaki maut kereta terbabas langgar penghadang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.