Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penjawat awam beri tandatangan palsu terima padah
  • JENAYAH

Penjawat awam beri tandatangan palsu terima padah

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memalsukan tandatangan pada tujuh dokumen pesanan pembelian, lima tahun lepas.

Majistret Romario Jonoi yang mendengar kes itu, membenarkan tertuduh, Sofiah Yahya, 46, bebas dengan ikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin, selain menetapkan 14 Mei nanti sebagai tarikh sebutan lanjut kes.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memalsukan tandatangan pada tujuh dokumen pesanan pembelian dengan tujuan untuk mendapatkan wang tunai di sebuah sekolah rendah di sini antara 3 Januari 2020 hingga 5 Mei 2020.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Zarith sementara tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dipenjara angkara miliki barang curi
Next: 24 mangsa ‘scam’ selamat pulang ke tanah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.