Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penjaja berperanan besar hidupkan ekonomi komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Penjaja berperanan besar hidupkan ekonomi komuniti

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENGHULU Huang Tiong Kang (kiri) menyaksikan angkat sumpah ahli jawatankuasa Persatuan Penjaja Sarikei ke-19. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Penjaja memainkan peranan besar dalam menghidupkan ekonomi komuniti dan merancakkan aktiviti perniagaan tempatan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, industri penjaja merupakan antara sektor paling dekat dengan kehidupan rakyat dan menjadi komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Industri penjaja merupakan antara tunjang penting ekonomi tempatan dan sektor yang paling dekat dengan kehidupan rakyat.

“Sama ada pasar tradisional atau penjaja bergerak, mereka memainkan peranan penting dalam menghidupkan komuniti serta merancakkan kitaran ekonomi,” katanya.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan wakilnya, Penghulu Huang Tiong Kang di majlis angkat sumpah ahli jawatankuasa Persatuan Penjaja Sarikei ke-19, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan industri penjaja termasuk memperbaiki persekitaran perniagaan dan membantu meningkatkan tahap kebersihan demi memastikan sektor tersebut berkembang secara lebih moden dan mampan.

“Walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global, industri penjaja masih terus mendapat sambutan masyarakat kerana menawarkan jualan pada harga berpatutan.

“Penjaja bukan sahaja membantu menggerakkan ekonomi tempatan, malah turut memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap golongan penjaja terus berinovasi dan merebut peluang baharu demi memastikan industri tersebut terus berkembang seiring perubahan semasa.

Tambahnya, projek jalan dan jambatan Tanjung Manis-Sarikei yang siap pada Mac 2025 turut membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat termasuk golongan penjaja apabila jumlah pengunjung dan aktiviti ekonomi semakin meningkat.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Penjaja Sarikei bagi membantu aktiviti persatuan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Projek tandas baharu bakal tingkat keselesaan jemaah Masjid Al Muhajirin
Next: Latihan keselamatan kebakaran tingkat kesiapsiagaan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.