Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penjagaan sungai secara berkesan mampu bendung wabak dan bencana
  • Utara
  • WILAYAH

Penjagaan sungai secara berkesan mampu bendung wabak dan bencana

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Henry memakaikan jaket keselamatan kepada penerima yang terdiri daripada komuniti nelayan pada Program Kesedaran Kebersihan Sungai Friends of Rivers Batang Kemena di Terminal Penumpang Bintulu LSS Bahagian Bintulu hari ini.

BINTULU: Penjagaan sungai yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar dan ekonomi, malah mampu membantu membendung penularan wabak seperti denggi dan bencana.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato’ Henry Harry Jinep berkata, sungai yang dijaga bersih akan memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat termasuk bekalan air bersih, sumber makanan, peluang rekreasi, dan kesihatan awam.

“Jika kita menjaga sungai, sungai akan menjaga kita dengan membersih, memberikan air bersih, makanan, rezeki, rekreasi dan kesihatan. 

“Tapi jika kita abai, sungai akan menjadi punca masalah dan bencana,” katanya ketika merasmikan penutupan Program Kesedaran Kebersihan Sungai Friends of Rivers Batang Kemena di Terminal Penumpang Bintulu, Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Bahagian Bintulu di sini, hari ini.

UCAPAN… Dato Henry berucap merasmikan Program Kesedaran Kebersihan Sungai Friends of Rivers Batang Kemena di Terminal Penumpang Bintulu LSS Bahagian Bintulu hari ini.

Menurutnya, peningkatan kes denggi di beberapa kawasan di Bintulu dipercayai berpunca daripada air bertakung akibat sungai tersumbat, parit yang tidak mengalir dan tebing yang dipenuhi sampah.

“Sungai yang tersumbat, parit yang tidak mengalir dan kawasan tebing yang dipenuhi sampah boleh menyumbang kepada masalah ini. 

“Itulah sebabnya program hari ini bukan sekadar kempen pembersihan, tetapi sebahagian daripada strategi besar untuk melindungi nyawa dan kesihatan masyarakat kita,” jelasnya.

Dato Henry turut menekankan kepentingan memupuk kesedaran menjaga kebersihan sejak di bangku sekolah agar generasi muda terbiasa membuang sampah di tempat yang betul walaupun berada di hutan atau kawasan rekreasi.

“Saya menggesa agar kita semua menjaga sungai seperti menjaga halaman rumah sendiri. 

“Jika halaman rumah kita kotor, kita akan rasa tak selesa. 

“Begitu juga jika sungai kita tercemar. Jadikan sungai sebagai cermin kepada imej masyarakat kita,” tambahnya.

Beliau berharap program Friends of Rivers menjadi platform berterusan yang menyatukan masyarakat, agensi kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan sungai-sungai di Sarawak kekal bersih, selamat dan menjadi nadi kehidupan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee; Setiausaha Politk kepada Premier Sarawak, Angellie Stephen Raja dan Pegawai Daerah Bintulu Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MBKS teguh semangat ‘No One Left Behind’ – RM67,105.85 dikumpul untuk 22 NGO
Next: Program Sahabat Sungai galakkan kesedaran kebersihan sungai di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.