Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penipu lari beramai-ramai dari Kemboja selepas ‘Raja Scammer’ ditahan
  • GLOBAL


Penipu lari beramai-ramai dari Kemboja selepas ‘Raja Scammer’ ditahan

Utusan Sarawak 13 hours ago

Ratusan individu melarikan diri dari pusat penipuan siber yang disyaki di Sihanoukville selepas penahanan ketua sindiket terkenal. Foto AFP

SIHANOUKVILLE, Kemboja: Ratusan individu dilihat melarikan diri dari sebuah pusat siber penipuan yang disyaki di bandar pesisir Sihanoukville selepas ketua sindiket penipuan paling dikehendaki negara itu ditahan dan dihantar pulang ke China.

Mereka dilihat mengheret beg pakaian, monitor komputer, perabot dan haiwan peliharaan ketika menaiki tuk-tuk, kenderaan mewah serta bas pelancong untuk meninggalkan Amber Casino, yang dikenali sebagai antara hab utama aktiviti penipuan siber di Kemboja.

“Keadaan di Kemboja kini kucar-kacir. Tiada lagi tempat selamat untuk bekerja,” kata seorang lelaki warga China kepada AFP.

ScreenshotBangunan Jinbei 3, sebahagian daripada kompleks yang dikaitkan dengan Prince Group milik Chen Zhi di Sihanoukville, 14 Januari 2026. Foto AFP

Situasi sama turut dilaporkan berlaku di beberapa kompleks penipuan lain di seluruh negara ketika kerajaan Kemboja mendakwa sedang melancarkan tindakan tegas terhadap industri penipuan siber bernilai berbilion dolar.

Namun, penduduk tempatan berkata kebanyakan individu di dalam bangunan berkawal ketat itu telah berpindah beberapa hari lebih awal sebelum ketibaan pihak berkuasa, mencetuskan dakwaan operasi itu sekadar ‘teater anti-jenayah’.

Sindiket penipuan di Asia Tenggara lazimnya memperdaya mangsa di seluruh dunia melalui hubungan romantik palsu dan pelaburan mata wang kripto tidak wujud. 

Pada awalnya menyasarkan penutur bahasa Mandarin, operasi ini kini berkembang ke pelbagai bahasa dan dipercayai mencuri puluhan bilion dolar setiap tahun.

Mereka yang menjalankan penipuan terdiri daripada penipu sukarela dan juga warga asing yang diperdagangkan, dipaksa bekerja di bawah ugutan keganasan.

AFP melawat beberapa lokasi penipuan yang disyaki di Sihanoukville susulan penahanan berprofil tinggi Chen Zhi, ahli perniagaan kelahiran China yang dikenakan sekatan antarabangsa dan dikaitkan dengan Prince Group. 

ScreenshotWartawan AFP melawat beberapa lokasi penipuan siber yang disyaki susulan penahanan berprofil tinggi Chen Zhi. Foto AFP

Chen sebelum ini mengendalikan beberapa hotel kasino perjudian di bandar itu.

Kebanyakan individu yang keluar dari premis enggan bercakap atau dikenal pasti atas faktor keselamatan. 

Seorang lelaki Bangladesh berkata majikannya mengarahkan mereka keluar segera. “Ini soal kelangsungan hidup sekarang,” katanya.

Sihanoukville yang dipenuhi kasino dan bangunan pencakar langit terbengkalai dipercayai menempatkan ribuan individu yang terlibat dalam pasaran gelap penipuan siber. 

Laporan Amnesty International 2025 mengenal pasti 22 lokasi penipuan di bandar itu, daripada 53 di seluruh Kemboja.

ScreenshotPekerja membawa keluar barangan peribadi ketika meninggalkan sebuah kompleks pusat penipuan di Sihanoukville. Foto AFP

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan kerugian global akibat penipuan dalam talian mencecah sehingga AS$37 bilion pada 2023, dengan sekurang-kurangnya 100,000 orang bekerja dalam industri itu di Kemboja sahaja.

Perdana Menteri Hun Manet berikrar untuk menghapuskan jenayah penipuan siber, dengan kerajaan mendakwa telah menyerbu lebih 100 lokasi dan menahan kira-kira 5,000 individu dalam tempoh enam bulan lalu. 

Namun, pemerhati hak asasi mendakwa wujud unsur pembocoran maklumat dan pakatan sulit yang membolehkan sindiket terus beroperasi dan menyesuaikan diri. – AFP

Continue Reading

Previous: Angkasawan Jepun Yui, tiga lagi pulang ke Bumi selepas misi ISS dipendekkan
Next: Raja Salman jalani pemeriksaan perubatan – Istana Diraja Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.