
KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching kekal dalam kategori baik dengan paras 43 setakat 5.00 petang, menurut data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).
Secara keseluruhan, kualiti udara di kebanyakan kawasan di Sarawak masih berada pada tahap baik, namun dua kawasan mencatat bacaan sederhana, iaitu Sarikei dengan bacaan 57 dan Sibu (51), menunjukkan peningkatan pencemaran yang memerlukan pemantauan rapi.
Kawasan lain yang turut mencatat bacaan baik termasuk Samarahan (35), Sri Aman (41), Bintulu (37), Miri (41), Lundu (48), dan Bario (47), manakala Tebedu merekodkan bacaan paling rendah iaitu 28.
Sementara itu, Mukah yang sebelum ini mencatat bacaan sederhana minggu lalu kini kembali ke tahap baik dengan bacaan 32.
Orang ramai dinasihatkan agar terus memantau perkembangan IPU dari semasa ke semasa dan mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara.
Maklumat lanjut dan bacaan terkini IPU boleh diperoleh menerusi laman web rasmi NREB di www.nreb.gov.my.
Oleh Shikin Mahmud