Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Peningkatan pelepasan abu Gunung Berapi Kanlaon
  • GLOBAL

Peningkatan pelepasan abu Gunung Berapi Kanlaon

Utusan Sarawak 5 months ago

Gunung Berapi Kanlaon berada pada Tahap Amaran 3 sejak 9 Disember.

MANILA: Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) yang memetik Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Letusan abu bermula pada 11.45 pagi, diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah, menurut Phivolcs.

Dalam satu nasihat, Phivolcs memberi amaran abu gunung berapi dijangka meliputi kawasan berpenduduk di barat laut hingga ke barat gunung berapi itu di Negros Occidental.

Walaupun parameter gunung berapi lain kekal tinggi, tiada perubahan signifikan yang berlaku.

Gunung Berapi Kanlaon berada pada Tahap Amaran 3 (pergolakan magmatik) sejak 9 Dis, menunjukkan kemungkinan letusan lebih kuat dan tiba-tiba yang boleh mengancam nyawa penduduk berdekatan.

Penduduk yang tinggal dalam lingkungan radius enam kilometer dari kawah puncak harus dipindahkan kerana bahaya seperti aliran piroklastik (PDC), abu yang jatuh dan kesan balistiknya, aliran lahar, runtuhan batu dan risiko lain yang berkaitan.

Phivolcs juga memberi amaran mengenai kemungkinan hujan lebat yang boleh mencetuskan aliran lahar dan aliran sungai sarat sedimen di saluran lereng selatan gunung berapi.

“Secara khusus, barangay La Castellana dan Canlaon City yang pernah terkesan oleh aliran PDC, serta barangay hilir yang terjejas oleh lahar dan aliran sungai berlumpur pada Jun 2024, mungkin menghadapi risiko aliran lahar jika berlaku hujan lebat,” kata Phivolcs.

Phivolcs turut menggesa pihak berkuasa penerbangan untuk memberi peringatan kepada juruterbang agar mengelak terbang berhampiran puncak Gunung Kanlaon, kerana abu daripada letusan boleh membahayakan pesawat.

— BERNAMA-PNA

Continue Reading

Previous: Pasukan Jepun lancar penyelidikan bolehkan manusia tinggal di bulan
Next: Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.