Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Peningkatan kemudahan Klinik Kesihatan Kota Sentosa diteruskan di bawah inisiatif RTP
  • KESIHATAN

Peningkatan kemudahan Klinik Kesihatan Kota Sentosa diteruskan di bawah inisiatif RTP

Utusan Sarawak 23 hours ago
WILFRED Yap bersama Dr Johnny Pangkas, diiringi Ketua Klinik, Dr Jennett Michael, semasa meninjau pelbagai kemudahan di Klinik Kesihatan Kota Sentosa.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menegaskan komitmennya terhadap peningkatan kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan beliau melalui pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Baru-baru ini, Yap telah mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Bahagian Kuching bersama Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Dr Johnny Pangkas, dan Ketua Klinik, Dr Jennett Michael, bagi meninjau pelaksanaan projek-projek penambahbaikan yang sedang dan akan dijalankan.

Antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah pembinaan kemudahan tempat letak kereta bernilai RM250,000 yang diselia oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP), bagi mengurangkan masalah kekurangan ruang parkir yang telah lama membebankan pengguna klinik.

Lawatan tersebut turut merangkumi sesi taklimat mengenai peningkatan kemudahan sedia ada, termasuk pemasangan sistem penghawa dingin berpusat baharu, kerja-kerja pendawaian semula sistem elektrik klinik, dan penyediaan dua unit pejabat kontena bagi menampung keperluan ruang tambahan.

Selain itu, Yap turut dimaklumkan tentang empat projek RTP baharu yang telah mendapat kelulusan dan sedang menunggu pelaksanaan.

Projek tersebut ialah Pembinaan makmal perubatan baharu (RM500,000), Naik taraf dan pengubahsuaian bangunan klinik (RM300,000), Fasa kedua pembinaan tempat letak kereta tambahan (RM250,000), dan Pembinaan tempat letak kereta di hadapan jalan utama (RM50,000).

Semua projek berkenaan kini dalam peringkat reka bentuk dan perancangan terperinci, termasuk penyediaan skop kerja serta bil kuantiti.

“Peningkatan kemudahan kesihatan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan.

“Walaupun bidang penjagaan kesihatan terletak di bawah Kerajaan Persekutuan, kami di peringkat negeri tidak boleh hanya berpeluk tubuh.

“Penduduk Kota Sentosa memerlukan akses yang lebih baik, perkhidmatan yang lebih selesa dan selamat,” kata Yap.

Yap turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan klinik yang semakin sesak dan kemudahan yang semakin usang akibat pertambahan penduduk di kawasan sekitar.

Katanya, usaha penambahbaikan ini perlu digerakkan secara berterusan agar sistem kesihatan awam terus cekap dan responsif.

“Penjagaan kesihatan ialah tentang kebajikan rakyat. Ia bukan isu politik, tetapi isu kemanusiaan.

“Kami akan terus berusaha meningkatkan kemudahan dengan sumber yang ada demi kesejahteraan masyarakat,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Tanda amaran dianggap biasa: Fahami bagaimana tumor otak berlaku

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.