Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peningkatan kelahiran bukti kejayaan program insentif di Pelawan
  • Tengah
  • WILAYAH

Peningkatan kelahiran bukti kejayaan program insentif di Pelawan

Utusan Sarawak 2 days ago
MICHAEL Tiang (kiri) menyerahkan insentif kelahiran kepada salah seorang penerima di sini, hari ini.

SIBU: Sejumlah RM464,000 insentif telah disalurkan kepada pasangan pengantin baharu, keluarga muda dan pelajar di kawasan Pelawan sejak 2022, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Beliau berkata, bantuan itu meliputi subsidi pasangan pengantin baharu, subsidi kelahiran bayi baharu serta bantuan pendidikan bagi menggalakkan golongan muda membina keluarga pada era mencabar ketika ini.

“Sejak saya dipilih pada 2022, saya menekankan keperluan menyediakan bantuan khas kepada golongan muda, khususnya pasangan baru berkahwin dan keluarga muda yang menimang cahaya mata.

“Kos sara hidup yang meningkat termasuk pendidikan menyebabkan ada yang tidak berani berkahwin, apatah lagi memiliki anak. Justeru, kita perlu memberi dorongan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kepada penerima di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Subsidi Kelahiran Bayi dan Pasangan Pengantin Baharu DUN Pelawan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

“Tahun ini, program dibuat lebih istimewa dengan menjemput penceramah berkongsi ilmu keibubapaan supaya peserta mendapat manfaat berguna selain hadir untuk makan bersama,” katanya.

Menurutnya, statistik penerima insentif menunjukkan perkembangan positif dengan kelahiran bayi meningkat daripada 100 pada tahun pertama kepada 295 pada tahun berikutnya, manakala jumlah kelahiran selepas itu kekal konsisten.

Selain bantuan kewangan, beliau berkata, program itu juga melahirkan kumpulan sokongan dalam kalangan pasangan muda dan ibu bapa muda di Pelawan.

“Usaha ini selari dengan inisiatif kerajaan negeri yang memberi sokongan kepada generasi muda, termasuk bantuan kewangan untuk pelajar universiti oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta program bayi baharu lahir di bawah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

“Saya banyak belajar daripada usaha-usaha ini, dan sebagai wakil rakyat Pelawan, saya mahu memainkan peranan dalam menyokong generasi muda,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Aktiviti sukan, riadah perkukuh perpaduan komuniti luar bandar
Next: RM422,450 disalurkan kepada 138 penerima di Parlimen Batang Sadong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.