Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Peningkatan bilangan Syarikat Amanah cermin keyakinan Labuan IBFC
  • BISNES

Peningkatan bilangan Syarikat Amanah cermin keyakinan Labuan IBFC

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGERUSI Persatuan Syarikat-Syarikat Amanah Labuan (ALTC, Datuk Chin Chee Kee

LABUAN: Peningkatan bilangan syarikat amanah yang beroperasi di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), iaitu sebanyak 61 ketika ini, mencerminkan keyakinan dan kepercayaan terhadap bidang kuasa tersebut, kata Persatuan Syarikat-Syarikat Amanah Labuan (ALTC).

Pengerusinya, Datuk Chin Chee Kee berkata, Labuan IBFC melaksanakan standard dan norma antarabangsa seperti undang-undang Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Hakisan Asas dan Peralihan Keuntungan (BEPS), Standard Pelaporan Am (CRS) dan keperluan bahan ekonomi.

“Berikutan pelaksanaan ini, pemain industri mempunyai tanggapan yang baik terhadap Labuan sebagai pusat kewangan perniagaan antarabangsa,” katanya kepada Bernama bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-30 Labuan IBFC, semalam.

Menurutnya, ini telah menarik lebih ramai orang datang ke Labuan untuk membuka perniagaan, membawa bersama mereka banyak syarikat amanah.

“Saya rasa ini baik bagi prospek, dan pengiktirafan bahawa Labuan adalah pusat pertengahan utama bagi rantau Asia Pasifik,” katanya.

Beliau berkata meskipun sedikit masalah tentang ketidakpastian dalam peraturan keperluan bahan ekonomi apabila dikuatkuasakan pada 2019, bidang kuasa itu kini bersedia untuk bermula selepas keadaan yang semakin jelas.

“Saya fikir sekarang ia semakin jelas dan dengan kepastian yang ada di Labuan, saya rasa perniagaan akan menjadi lebih baik bermula sekarang,” katanya. 

Chin berkata, Labuan juga merupakan satu-satunya bidang kuasa di rantau Asia Pasifik dengan cukai keutamaan dan mematuhi semua standard antarabangsa.

“Kini, dengan kepastian ini, perniagaan boleh datang dan mengetahui apa yang mereka mahu.

“Asalkan mereka mahu membuka syarikat di Labuan di bawah kategori 23 keperluan bahan ekonomi, saya fikir mereka hanya membayar tiga peratus cukai atau langsung tidak membayar apa-apa sekiranya anda menjalankan aktiviti pegangan pelaburan.

“Saya rasa ini sangat menarik dan lebih menarik berbanding Singapura atau malahan Hong Kong. Dengan Hong Kong kini berdepan sedikit masalah, saya rasa orang ramai kini akan mula melihat kepada Labuan dan saya sangat yakin mengenainya,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Hendak seribu daya
Next: NI teruskan pelan pembesaran kilang di Pulau Pinang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.