Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Peniaga sorok gula, kena caj tambahan 50 sen bagi setiap pembelian gula bakal dikenakan tindakan
  • JENAYAH

Peniaga sorok gula, kena caj tambahan 50 sen bagi setiap pembelian gula bakal dikenakan tindakan

Utusan Sarawak 7 months ago

Pegawai KPDN ketika melakukan pemeriksaan dalam Ops Samar ke beberapa premis menjual barang kawalan di sekitar Daerah Limbang.

LIMBANG: Dua peniaga di daerah ini bakal dikenakan tindakan kerana disyaki menyorok gula dan mengenakan caj tambahan beg palstik 50 sen bagi setiap pembelian gula.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata kesalahan itu dikesan dalam Ops Samar ke beberapa premis menjual barang kawalan di sekitar daerah ini antara 11 sehingga 15 Oktober.

“Hasil satu pemeriksaan yang dilakukan, berdasarkan aduan orang

awam, telah memeriksa dua premis perniagaan yang berbeza.

“Premis pertama mendapati telah mengenakan pembelian bersyarat iaitu setiap pembelian gula pasir kasar satu kilogram (kg) yang berharga RM2.85 sebungkus dikenakan caj tambahan beg plastik RM0.50 bagi setiap pembelian gula. 

“Peniaga terbabit telah disyaki melakukan kesalahan mengenakan syarat tanpa kebenaran Pengawal Bekalan. Peniaga ini telah disyaki melakukan kesalahan kerana mengenakan syarat pembelian ke atas barang kawalan.

“Seterusnya, hasil pemeriksaan di premis perniagaan yang kedua, telah didapati menyorok barang kawalan iaitu gula pasir kasar satu kilogram sebanyak 324 kilogram, di dalam stor simpanan premis tersebut. 

“Peniaga terbabit mendakwa stok gula pasir kasar satu kilogram telah kehabisan stok semasa uji beli dilakukan oleh pegawai penguat kuasa yang melakukan pemeriksaan. 

“Peniaga terbabit telah disyaki melakukan kesalahan kerana menyorok dan enggan menjual barang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Matthew berkata hasil tindakan itu, KPDN Cawangan Limbang membuka dua kertas siasatan untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu menyorok bekalan gula pasir kasar sebanyak 324 kilogram dan Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961, kesalahan menjual barang kawalan berjadual secara

bersyarat.

Beliau berkata sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda seperti berikut;

(i) Jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak

melebihi RM2 juta ringgit bagi kesalahan pertama dan denda tidak

melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua; atau

(ii) Jika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak

melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak

melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya dan denda

tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak

melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya.

Beliau memohon masyarakat menjadi mata dan telinga bagi membantu kementerian dengan menghulurkan maklumat sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan

bersubsidi bagi memastikan aktiviti penyelewengan ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti

penyelewengan barang kawalan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak kementerian melalui saluran berikut:

i. WhatsApp 019-848 8000 / 019-279 4317

ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdn.gov.my

iii. Call Centre 1-800-886-80, dan

iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

Continue Reading

Previous: Dua individu ditahan, siasatan kes kematian kanak-kanak
Next: Kanak-kanak diculik nyaris dijual kepada sindiket pelacuran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.