Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Peniaga rugi RM588,000 diperdaya ‘phone scam’
  • JENAYAH

Peniaga rugi RM588,000 diperdaya ‘phone scam’

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Seorang peniaga wanita berusia 61 tahun di Miri berputih mata selepas kerugian sebanyak RM588,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan telefon atau phone scam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah memaklumkan, laporan berhubung kejadian itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJKD) Miri pada 10 September 2025.

Katanya, mangsa menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali, dengan pemanggil memperkenalkan diri sebagai wakil Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan mendakwa mangsa terlibat dengan sindiket penipuan.

“Mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang individu yang mengaku sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Suspek menyatakan mangsa perlu membuat ‘pengesahan harta’ dengan cara memindahkan semua wang simpanan ke akaun bank yang diarahkan.

“Mangsa yang percaya dengan helah berkenaan, telah membuat pemindahan wang berjumlah RM588,000 melalui kaunter bank kononnya bagi tujuan audit.

“Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas suspek berterusan meminta bayaran tambahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Pihak polis dalam pada itu menasihati orang ramai agar tidak panik sekiranya menerima panggilan telefon mencurigakan, serta tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat peribadi walaupun pemanggil mendakwa dari agensi rasmi.

Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank yang meragukan melalui portal Semak Mule di laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Sekiranya menjadi mangsa penipuan siber seperti phone scam, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya, segera hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.

Polis turut menggesa masyarakat agar mengikuti maklumat terkini mengenai modus operandi penipuan melalui laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Amaran Jenayah Siber Polis Diraja Malaysia serta JSJK Sarawak.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bot tunda bersama 7 kru ditahan di perairan Kuching
Next: Polis Marin Sarawak rampas rokok, arak seludup bernilai RM200,119.80 di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.