Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Peniaga rugi RM231,792 angkara tukang tilik palsu
  • JENAYAH

Peniaga rugi RM231,792 angkara tukang tilik palsu

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di bawah Sek 39B ADB 1952 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Seorang peniaga mi kerugian RM231,792 selepas ditipu tiga individu terdiri daripada dua warga tempatan dan seorang warga China, salah seorang menyamar sebagai tukang tilik.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kejadian berlaku di Pasar Sibu Central 23 Jun lalu melibatkan mangsa berusia 65 tahun.

“Mangsa telah didatangi oleh salah seorang daripada suspek mendakwa dirinya seorang tukang tilik.

“Menggunakan taktik menakutkan peniaga terbabit yang beliau mungkin akan mengalami kemalangan maut sekiranya tidak menyerahkan duit kepada suspek.  

“Untuk membuang nasib malang itu, mangsa kemudiannya diarahkan mengeluarkan wang dan masukkan ke dalam beg biru,” katanya pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di bawah Sek 39B ADB 1952 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, akibat takut dan panik, mangsa patuhi arahan yang kemudiannya ke Jalan Hardin ditemani suspek ke salah sebuah bank bagi mengeluarkan wang daripada dua akaun miliknya.

“Mangsa kemudiannya menyerahkan wang tersebut kepada suspek bagi menjalankan upacara sembahyang dan kemudian diminta membawa pulang beg itu dengan syarat hanya boleh membukanya selepas tempoh satu bulan.

“Selepas genap tempoh satu bulan iaitu pada 24 Jun lalu, mangsa membuka beg berkenaan dan mendapati wangnya itu telah hilang,” ujarnya.

Katanya lagi, mangsa tampil membuat laporan selepas merasakan dirinya ditipu.

Mohd Azman menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai orang lain berkenaan wang atau harta terutamanya melibatkan cerita khurafat.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya berkomunikasi dengan ahli keluarga ataupun pasangan mahupun rakan sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan wang.

Oleh Connie Chieng 

Continue Reading

Previous: ASP, Sarjan antara ditahan positif dadah
Next: Bergaduh, suami isteri didenda RM2,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.