Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Peniaga kecila digesa beralih kepada digital
  • BISNES

Peniaga kecila digesa beralih kepada digital

Utusan Sarawak 4 years ago
SERAH SUMBANGAN… Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyerahkan sumbangan dan geran peruntukan khas Menteri dan ahli parlimen, baru-baru ini.

KUCHING: Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digesa untuk mendigitalisasikan operasi perniagaan dengan kadar yang segera bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka semasa pandemik ini.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri menyukarkan untuk membuat ramalan bila keadaan akan kembali seperti sediakala.

“Kebanyakan PKS dipengaruhi oleh keadaan semasa kerana kebanyakan perniagaan mereka bergantung kepada sektor pelancongan.

“Saya tahu banyak pengeluar barang khas Sarawak, seperti kuih lapis dan pengeluar terubuk masin mengalami kesukaran sekarang kerana ketiadaan pelancong.

“Oleh itu, mereka perlu menggunakan perniagaan dalam talian sehingga mereka masih dapat menjangkau potensi pelanggan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global,” jelasnya.

Dalam pada itu, Junaidi berkata, inisiatif untuk mendigitalisasikan perniagaan merupakan norma baharu yang perlu dilaksanakan oleh para usahawan.

“Sehingga kini, terdapat banyak platform e-marketplace untuk mereka meletakkan produk dan perkhidmatan mereka di luar sana, termasuk platform e-dagang WarongKu yang baharu dilancarkan.

“Perniagaan yang telah dilaksanakan secara digital bukan sahaja dapat bertahan tetapi telah melihat pertumbuhan yang signifikan dalam penjualan bulanan mereka sebanyak 200 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, Junaidi berkata, para usahawan perlu menjalani latihan dan juga program peningkatan kemahiran untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan.

“Mendigitalisasikan perniagaan bukan sekadar meletakkan produk dan perkhidmatan pada e-market dan ia adalah perlu untuk mempelajari kemahiran lembut lain seperti fotografi, copywriting untuk menjadikan produk lebih menarik bagi pelanggan.

“Saya tahu ini mencabar dan mungkin memerlukan sedikit kos. Maka, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan agensi yang lain akan membantu untuk memberikan bimbingan kepada usahawan.

“Untuk ini kami mempunyai agensi seperti TEKUN untuk membantu pembiayaan mikro dan INSKEN untuk membantu latihan,” jelasnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Isu tenaga kerja mahir, infrastruktur diberi perhatian
Next: Permohonan bernilai RM12.86 bilion di bawah PSU 1.0 diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.