Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peniaga Bazar Ramadan langgar syarat permit akan disenarai hitam
  • Utara
  • WILAYAH

Peniaga Bazar Ramadan langgar syarat permit akan disenarai hitam

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIDANG MEDIA… Sufian bersama yang lain pada sidang media Bazar Ramadan 2026 di Pejabat Majlis Daerah Limbang semalam.

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) tidak akan berkompromi dalam menyenarai hitam peniaga Bazar Ramadan yang melanggar syarat permit, terutama berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Kaunselor Sufian Mohat berkata, tindakan membatalkan permit akan diambil serta-merta terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan.

Katanya, berdasarkan rekod sebanyak tiga aduan diterima pihaknya berhubung peniaga yang tidak mematuhi kebersihan makanan di bazar itu tahun lepas.

Beliau menegaskan setiap peniaga perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak MDL serta Kementerian Kesihatan (KKM), dengan memastikan makanan yang disediakan bersih, sihat dan berkualiti.

“Kita sangat menitikberatkan aspek kebersihan dan kesihatan, termasuk garis panduan daripada Kementerian Kesihatan (KKM). Ini adalah antara syarat wajib, sama ada untuk peniaga yang menyertai Bazar Ramadan mahupun kawasan berjaja seperti yang terkandung dalam permit,” katanya.

“Pihak majlis juga tidak mahu menerima sebarang aduan dari segi  penyediaan makanan yang tidak bersih dan boleh  memudaratkan seperti cirit birit dan sebagainya,” katanya pada sidang media, Bazar Ramadan 2026 di pejabat MDL semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan segala peraturan perniagaan dipatuhi termasuk di kawasan persendirian dan kampung.

Menurutnya lagi skuad penguat kuasa majlis, akan turun padang untuk memantau aliran trafik di kawasan bazar selain menjalin bekerjasama dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak berlakunya kesesakan trafik di kawasan itu.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak meletak kenderaan secara semberono di tepi jalan kerana boleh mengganggu aliran trafik dan menyebabkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Turut hadir Setiausaha MDL Michelle Hildalyne Jering Anthony Luta.

Oleh Adeng Edris

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penguang adakan dialog projek penurapan Jalan Ulu Teru Tinjar
Next: Projek IAC Limbang dijangka siap sepenuhnya Jun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.