Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pengusaha van, bas sekolah digesa patuhi SOP
  • SEMASA

Pengusaha van, bas sekolah digesa patuhi SOP

Utusan Sarawak 5 years ago
TUNJUK… Datuk Lee Kim Shin ditemani oleh Ketua JBPM Miri, Law Poh Kiong bersama beberapa pengusaha van dan bas sekolah mendengar taklimat mengenai cara yang betul bagi proses sanitasi ke atas bas sekolah yang disampaikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng,Terry Robson di Miri,semalam

MIRI : Pengusaha van dan bas sekolah diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Proses sanitasi bas sekolah antara dalam SOP yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan sebelum dan selepas  operasi penghantaran pelajar ke destinasi.

Semalam, beberapa pengusaha van dan  bas sekolah di sini diberi satu taklimat khas berkenaan sanitasi nyah kuman  oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri.

Dalam taklimat tersebut, anggota bomba telah menunjukkan cara-cara yang betul bagi proses sanitasi ke atas bas sekolah.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin  dan Ketua JBPM Zon Miri, Law Poh Kiong.

Lee berkata, sangat penting bagi pengusaha bas sekolah untuk memahami bagaimana SOP berfungsi bagi memastikan keselamatan semua orang.

“Itulah sebabnya, saya telah memohon kerjasama daripada pihak bomba untuk menunjukkan cara-cara yang betul bagi proses sanitasi bas sekolah kepada pemilik van dan  bas sekolah.

“Ini amat penting untuk kita  bersama-sama jaga keselamatan dan kesihatan semua penumpang iaitu pelajar-pelajar,” katanya kepada media.

Sementara itu, mengenai bayaran RM600 untuk pengusaha van dan bas sekolah di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), Lee  berkata, sejumlah 384 permohonan telah diluluskan selepas diperiksa dan disahkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial (LPKP) Sarawak.

Katanya, untuk Bahagian Miri, seramai 101 pengusaha van dan bas sekolah yang layak  telah diluluskan untuk menerima bantuan khas ini.

“Wang akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima bantuan ini selewat-lewatnya hujung bulan ini,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 27 pemilik tanah terima pampasan RM474,000
Next: Persiapan lawatan rasmi KM ke Pakan berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.