Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pengusaha premis makanan ditegaskan patuhi peraturan kebersihan
  • KESIHATAN

Pengusaha premis makanan ditegaskan patuhi peraturan kebersihan

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGGUNAAN pinggan mangkuk dan cawan yang retak atau pecah, serta peralatan yang kotor, berminyak dan masih digunakan untuk menghidang makanan kepada pelanggan. Foto: Akun Giman

SIBU: Ramai pengusaha premis makanan yang di sekitar bandar ini yang masih cuai dalam menjaga kebersihan premis mereka, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan makanan dan kesihatan awam.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran (MPS) Kaunselor Yiing Sy Huat berkata, antara yang dikenal pasti termasuklah penggunaan pinggan mangkuk dan cawan yang retak atau pecah, serta peralatan yang kotor, berminyak dan masih digunakan untuk menghidang makanan kepada pelanggan. 

“Amalan ini jelas bertentangan dengan piawaian keselamatan makanan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Turut dijumpai ialah peralatan memasak yang telah berkarat tetapi masih disimpan di dalam premis, meskipun pengusaha mendakwa ia tidak digunakan. 

“Namun demikian, menurut polisi majlis, semua peralatan yang rosak atau tidak digunakan adalah tidak dibenarkan disimpan di dalam premis makanan bagi mengelakkan risiko pencemaran.

“Tindakan rampasan akan dibuat oleh pihak majlis sekiranya terdapat peralatan seperti yang dinyatakan diatas,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, majlis juga menegaskan bahawa mana-mana tempat penyediaan makanan yang melakukan ‘heavy cooking’ atau memasak makanan berat dan berminyak adalah wajib memasang perangkap minyak atau ‘grease trap’.

“Ini bagi mengelakkan minyak dan sisa makanan daripada mengalir masuk ke dalam sistem perparitan dan menyebabkan saliran parit tersumbat serta berlakunya pencemaran.

“Bagaimanapun, beberapa premis didapati gagal memasang peralatan ini dan pihak majlis telah mengeluarkan notis amaran serta kompaun atas kesalahan tersebut. 

“Di samping itu, semua pengendali makanan juga diwajibkan memakai topi, apron dan kasut bertutup selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata beliau.

Katanya, pengusaha premis makanan juga perlu memastikan tandas di dalam premis sentiasa dalam keadaan bersih, mempunyai sabun tangan, pam tandas berfungsi dengan baik serta selak pintu yang sempurna dan boleh digunakan.

“Semua garis panduan asas kebersihan ini telah dinyatakan dengan jelas semasa permohonan lesen dibuat dan syarat-syarat tersebut juga tertera pada helaian belakang lesen operasi premis yang dikeluarkan oleh pihak majlis. 

“Jika pengusaha tetap ingkar walaupun telah diberi amaran, pihak majlis berhak untuk tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka,” tegasnya.

Beliau berkata, MPS mengingatkan semua pengusaha premis makanan agar bertanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan pelanggan dengan mematuhi semua peraturan kebersihan.

“Ini termasuk aspek kelengkapan dapur dan kebersihan peribadi, serta bersama-sama mewujudkan persekitaran premis makanan yang bersih dan selamat untuk semua,” kata beliau.

Terdahulu, ahli-ahli majlis bersama pegawai-pegawai daripada bahagian Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Bandar serta bahagian Penguatkuasaan MPS telah menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas beberapa premis makanan di sekitar kawasan Jalan Morshidi Sidek, Jalan Ramin, Jalan Wong Nai Siong dan Jalan Kampung Nyabor. 

Oleh Akun Giman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Nasi beku lebih praktikal dan sihat?
Next: Hospital FV Vietnam labur dalam sistem robotik berteknologi AI untuk rawatan kanser

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.