Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pengurus syarikat kontraktor dipenjara empat tahun sebabkan kematian pengumpul besi buruk
  • MAHKAMAH

Pengurus syarikat kontraktor dipenjara empat tahun sebabkan kematian pengumpul besi buruk

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENJARA…..Tang ketika dibawa keluar dari Mahkamah, hari ini.

SIBU: Seorang pengurus sebuah syarikat kontraktor dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Tinggi Sibu hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat seorang pengumpul besi buruk, dua tahun lalu.

Hakim Wong Siong Tung turut menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap tertuduh, Tang Kee Tan, 67, bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada rakan mangsa.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 5 April 2023.

“Dalam menentukan hukuman yang sesuai, mahkamah telah mempertimbangkan faktor yang memberatkan dan yang meringankan.

“Faktor pemberat paling serius ialah kejadian tersebut telah mengakibatkan kehilangan nyawa manusia. Penggunaan senjata api juga meningkatkan tahap keseriusan kesalahan tersebut,” katanya ketika membacakan keputusan.

Pada masa sama, beliau berkata mahkamah turut mengambil kira bahawa kejadian itu berlaku dalam keadaan tertuduh percaya hartanya sedang dicuri, selain peristiwa berlaku dalam keadaan gelap dan bukan dirancang terlebih dahulu.

Sebelum ini, Tang didakwa menyebabkan kematian Wong Soon Guan, 37, di tepi Jalan Ulu Siew Bakong, Meradong, Bintangor pada sekitar 1.00 pagi, 5 April 2023, satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut didakwa melepaskan tembakan dan mencederakan Wong Soon Woung, 29, di lokasi sama, satu kesalahan di bawah Akta Senjata Api 1960.

Bagaimanapun pada 6 Mac lalu, Mahkamah Tinggi mendapati tertuduh bersalah atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto dalam hujahnya sebelum hukuman dijatuhkan berkata kes tersebut berada dalam kategori hukuman tertinggi yang diperuntukkan di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

Beliau berkata hukuman penjara yang berat wajar dikenakan bagi mencerminkan tahap keseriusan kesalahan, mengiktiraf kehilangan nyawa manusia serta memberi mesej pencegahan tegas terhadap penyalahgunaan senjata api dan tindakan mengambil undang-undang di tangan sendiri.

Tang diwakili peguam Rosli Gapor.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Bekas pembantu tadbir universiti didakwa pecah amanah RM204,603
Next: Mahkamah Tinggi tolak rayuan dua lelaki, kekalkan penjara 24 tahun dan lapan kali sebatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.