Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pengurus premis hiburan beroperasi hingga 5.30 pagi didenda RM1,000
  • JENAYAH

Pengurus premis hiburan beroperasi hingga 5.30 pagi didenda RM1,000

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERIKSA…Pasukan polis semasa menjalankan pemerikaaan di sebuah pusat hiburan di Pusat Komersial Pelita di Miri.

MIRI: Padah beroperasi sehingga jam 5.30 pagi, seorang pengurus premis hiburan warga tempatan dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda selepas didapati bersalah melanggar waktu operasi yang dibenarkan.

Polis Daerah Miri menerusi hantaran di laman Facebook berkata, tertuduh berusia 61 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2000 selepas premis berkenaan didapati masih beroperasi melepasi masa yang ditetapkan.

Menurutnya, kesalahan itu dikesan pada 29 Januari 2026 hasil pemeriksaan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah di sebuah premis hiburan di Pusat Komersial Pelita, di sini.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, premis berkenaan masih beroperasi dan muzik dimainkan dengan kuat sehingga boleh didengari dari luar, jelas melanggar syarat lesen serta waktu operasi yang telah ditetapkan,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, polis Miri menegaskan bahawa pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis-premis hiburan di daerah ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang serta syarat lesen yang ditetapkan,” menurut hantaran tersebut.

Orang ramai turut digesa agar sentiasa mematuhi peraturan yang berkuat kuasa demi memastikan ketenteraman awam dan kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Dua suspek ditahan kes curi motosikal di Kuching
Next: Tangkap ikan kurang 7 batu nautika, vesel nelayan ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.