Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pengurus, Penolong Pengurus NADI terima insentif khas Aidilfitri RM1,000
  • SEMASA

Pengurus, Penolong Pengurus NADI terima insentif khas Aidilfitri RM1,000

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil (dua, kiri) menyampaikan sumbangan ketika menghadiri Bazar Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) 2026 di NADI PPR Kerinchi hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 2,196 Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata sumbangan julung kali berbentuk sekali beriitu sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada golongan berkenaan.

“Sebelum ini mereka tidak pernah menerima apa-apa sempena Aidilfitri ataupun apa-apa festival. Jadi saya berasa terpanggil untuk memastikan mereka ini yang bekerja enam hari seminggu ini diberikan penghargaan.

“Mereka ini kadang-kadang menjadi pengasuh kepada anak-anak (di komuniti NADI), merekalah juga yang menjadi cikgu (rujukan untuk usahawan), selain menjalankan kerja-kerja khidmat untuk komuniti di premis NADI,” katanya.

Fahmi mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas merasmikan Bazar Raya NADI di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini hari ini. 

Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Fahmi berkata kesemua 1,098 NADI di seluruh negara akan menganjurkan Bazar Raya secara serentak pada 14 Mac ini, sebagai antara usaha untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri di peringkat komuniti.

Beliau berkata penganjuran Bazar Raya itu nanti akan turut melibatkan sesi jualan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang. 

“Inisiatif ini juga membuka peluang kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk masing-masing dan merancakkan ekonomi komuniti menjelang Aidilfitri,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Borneo Highland Orchard hasilkan lebih 2,300 kg cendawan butang
Next: Lufthansa kembali ke KLIA selepas hampir sedekad, perkukuh ketersambungan global Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.