Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengunjung teruskan amalan kunjungan sempena perayaan
  • Utara
  • WILAYAH

Pengunjung teruskan amalan kunjungan sempena perayaan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAHUN BAHARU CINA… Datuk Dr Penguang Manggil bersama isteri, Datin Monica, dan rombongan menziarahi rumah ahli perniagaan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Sambutan Tahun Baru Cina memperkukuh perpaduan dan persahabatan pelbagai kaum melalui amalan rumah terbuka.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, berharap kunjungan ziarah menjadi wadah yang menyerlahkan keharmonian serta semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Beliau menekankan bahawa tradisi kunjung-mengunjung perlu diteruskan untuk mengeratkan lagi siraturahim antara pelbagai komuniti yang berkunjung.

AMBIL BERAT… Isteri Datuk Dr Penguang, Datin Monica, menyampaikan angpau kepada masyarakat Cina berpendapatan rendah di Kampung Pemindahan Marudi. Foto Jiku Juguong

Dalam sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, beliau tidak lupa menziarahi rumah masyarakat Cina berpendapatan rendah (B40) dan menghulurkan bantuan bagi menyemarakkan semangat perayaan kepada mereka yang menyambutnya.

Penguang Manggil bersama isteri, Datin Monica Ukong Jaya, dan rombongan mengunjungi 12 rumah masyarakat Cina termasuk kediaman pemimpin masyarakat dan ahli perniagaan.

Beliau turut menegaskan bahawa budaya kunjung-mengunjung semasa perayaan perlu diteruskan bagi mengeratkan tali siraturahim antara kaum di daerah ini.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat dan isteri ziarah komuniti Cina sempena Tahun Baharu Cina
Next: 58 masjid dan surau di Sibuti terima geran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.