Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pengunjung teruja meriahkan malam pertama konsert RIUH Pi HAWANA
  • HIBURAN

Pengunjung teruja meriahkan malam pertama konsert RIUH Pi HAWANA

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir memeriahkan Program RIUH Pi HAWANA sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena semalam. Foto BERNAMA

BUTTERWORTH: Kehadiran barisan artis popular tanah air berjaya menarik orang ramai ke tapak konsert RIUH Pi HAWANA 2026 yang membuka tirai malam ini, sekali gus menyemarakkan suasana sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

Tinjauan Bernama mendapati acara berkenaan mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati persembahan muzik secara langsung.

Meskipun hujan renyai-renyai, ia tidak menghalang pengunjung daripada terus berada di lokasi acara di tapak parkir Pusat Konvensyen PICCA@ Arena Butterworth di sini.

Konsert berkenaan bermula pada 9.30 malam dengan persembahan kumpulan indie Pasca Sini, diikuti Sakura Band dan kumpulan Exists yang popular dengan deretan lagu hit sejak awal 90-an.

Seorang pengunjung Zabrina Ishak, 49, dari Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah berkata beliau mengetahui mengenai konsert RIUH Pi HAWANA selepas melihat promosi mengenainya di media sosial TikTok milik penyanyi Mamat dan mengambil peluang hadir bersama suami serta dua anak lelakinya.

“Dari segi tempat dan susunan di sini (konsert) nampak santai dan menarik kerana selain tengok konsert ada beberapa gerai makanan serta minuman, jadi kami boleh menikmati juadah sambil tengok konsert,” katanya kepada Bernama.

ORANG ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan daripada artis jemputan pada Konsert RIUH Pi HAWANA 2026 di tapak parkir Pusat Konvensyen PICCA@Butterworth malam ini. Karnival RIUH Pi HAWANA yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini menampilkan persembahan artis tempatan seperti Exists, Bunkface, Masdo, Sakura Band, Budak Nakal Hujung Simpang dan Chelsea Ng. Foto BERNAMA

Mahasiswa tahun pertama Sains Fizik di Universiti Sains Malaysia, Nurul Aida Shahnolhadi, 20, berkata beliau hadir bersama kakak dan rakannya selepas dijemput oleh seorang rakan yang bekerja berhampiran lokasi acara.

“Suasana di sini sangat santai dan fasiliti yang disediakan juga bagus, ada tempat untuk berehat dan duduk dengan selesa. Saya datang terutamanya untuk menyaksikan persembahan kumpulan Exists dan Sakura Band,” katanya.

Sementara itu, pelajar Asasi Undang-Undang di Universiti Multimedia Vynice Boo, 18, yang hadir bersama empat rakannya berkata suasana meriah memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk mereka berkumpul dan menikmati persembahan bersama.

ORANG ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan daripada artis jemputan pada Konsert RIUH Pi HAWANA 2026 di tapak parkir Pusat Konvensyen PICCA@Butterworth malam ini. Karnival RIUH Pi HAWANA yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini menampilkan persembahan artis tempatan seperti Exists, Bunkface, Masdo, Sakura Band, Budak Nakal Hujung Simpang dan Chelsea Ng. Foto BERNAMA

Karnival anjuran MyCreative Ventures bersempena Majlis Kemuncak HAWANA 2026 itu berlangsung selama tiga hari hingga Ahad.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut hadir pada konsert pembukaan malam ini.

Program pada hujung minggu berlangsung dari 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan muzik, aktiviti seni dan budaya, jualan makanan serta produk kreatif tempatan selain program interaktif untuk seisi keluarga.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pelakon suara “Lilo & Stitch”, Daveigh Chase meninggal dunia pada usia 35 tahun
Next: Filem biopik Sudirman bakal temui peminat menjelang 2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.