Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pengundian semula bakal berlaku
  • SUKAN

Pengundian semula bakal berlaku

Utusan Sarawak 4 years ago
SKUAD Piala Asia Bawah 23 2022 Malaysia.

DALAM undian yang dilakukan bulan lepas bagi pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 23 2022, pasukan Malaysia telah diundi bersama dengan tuan rumah Mongolia, Thailand dan Laos.

Melihat kepada pasukan dalam Kumpulan J itu, peluang dilihat cerah untuk Malaysia layak walaupun hanya akan menghantar pasukan Bawah-19 ke pusingan kelayakan.

Namun berita terbaru dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengatakan yang Korea Utara telah mengundur diri daripada kelayakan tersebut dan keadaan itu memaksa AFC untuk membuat pengundian semula.

Memandangkan Kumpulan K hanya tinggal Jepun dan Cambodia sekarang, satu lagi pasukan dari Kumpulan G ke J akan diundi menyertai K.

Hanya tuan rumah dan pasukan yang berada di posisi 1 dari setiap kumpulan tidak akan terlibat dalam undian semula ini.

Lapan pasukan iaitu China, Brunei, Timor-Leste, Filipina, Myanmar, Hong Kong, Malaysia dan Laos akan dimasukkan dalam balang yang sama dengan satu sahaja pasukan diundi keluar untuk menyertai Kumpulan K.

Perkembangan terbaharu ini sudah pasti merencatkan sedikit perancangan Brad Maloney yang hanya boleh mengetahui selepas undian semula dijalankan pada Ogos 11 sama ada masih perlu mengekalkan perancangan terdahulu atau memindanya mengikut susunan terbaharu.

Sebagai rekod, Maloney pernah menjadi penolong kepada Datuk Ong Kim Swee dalam membantu Malaysia melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China pada 2018 yang mana skuad kebangsaan terkandas di pusingan suku akhir kepada Korea Selatan.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Terengganu ‘tundukkan’ Sarawak United
Next: Pengumuman PM, khabar gembira buat rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.