Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengukuhan organisasi belia asas pembangunan komuniti Pakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pengukuhan organisasi belia asas pembangunan komuniti Pakan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Larry Sng Wei Shien menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta bengkel. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

PAKAN: Pengukuhan organisasi dalam kalangan belia perlu diberi perhatian serius kerana ia menjadi asas penting kepada pembangunan komuniti yang lebih tersusun, berdaya saing dan progresif di peringkat akar umbi.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata setiap individu khususnya golongan belia perlu memahami peranan organisasi dalam persatuan, kelab serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memastikan pengurusan berjalan dengan lebih berkesan.

“Melalui organisasi yang kukuh, kita dapat mengemukakan permintaan bantuan daripada kerajaan atau agensi lain dengan lebih teratur dan berimpak.

“Aspek pentadbiran juga perlu diberi perhatian, khususnya dalam mengurus kampung, kelab dan persatuan agar setiap perancangan dapat dilaksanakan secara sistematik,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Bengkel Pengukuhan Pertubuhan Belia Daerah Pakan di Dewan Masyarakat Pakan, baru-baru ini.

Tambahnya, bengkel anjuran Kelab Belia Pekan Pakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Sarikei serta tajaan Yayasan Hasanah dan sokongan APPGM-SDG tersebut merupakan platform penting dalam memperkasa belia luar bandar.

Sehubungan dengan itu, Larry menggesa golongan belia agar tampil ke hadapan membentuk lebih banyak persatuan dan kelab sebagai medium mencetuskan idea positif serta menggerakkan aktiviti berfaedah.

DATUK Larry Sng Wei Shien menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta bengkel. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

“Saya akan sentiasa mendengar keperluan rakyat dan berusaha sedaya upaya untuk membantu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Ahli Parlimen Julau menyediakan bantuan pendidikan menerusi Tabung Pendidikan Larry Sng (LSEF) bagi membantu para pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Bantuan tersebut merangkumi pengajian di universiti atau institusi pengajian tinggi bagi peringkat diploma dan ijazah, selain turut boleh dipohon untuk pengajian sarjana dan doktor falsafah,” katanya lagi.

Pada majlis sama, Larry turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Kelab Belia Pakan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti belia di kawasan tersebut.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kem latihan bola keranjang asah bakat belia tempatan
Next: Program Pra-Gawai hari ke-12 dekati komuniti rumah panjang Sungai Petai dan Sungai Kesa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.