Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pengukuhan ketersambungan Borneo letakkan Sarawak sebagai rakan strategik serantau
  • SEMASA

Pengukuhan ketersambungan Borneo letakkan Sarawak sebagai rakan strategik serantau

Utusan Sarawak 6 hours ago
UCAPAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026. Foto UKAS

JAKARTA: Pengukuhan ketersambungan fizikal, tenaga dan digital dikenal pasti sebagai asas utama pertumbuhan serantau di Borneo, sekali gus meletakkan Sarawak sebagai rakan strategik penting dalam memacu pembangunan bersama Indonesia serta wilayah jiran.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kini melaksanakan pelaburan berskala besar secara agresif dalam pembangunan infrastruktur, utiliti dan telekomunikasi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.

Menurut beliau, usaha tersebut termasuk memperkasa rangkaian pengangkutan dan logistik melalui sistem pengangkutan darat bersepadu, pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu serta pelabuhan laut dalam baharu bagi memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang.

RAKAM KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026. Foto UKAS

“Jiran kami memiliki pelabuhan terbesar di Kalimantan, iaitu Pelabuhan Antarabangsa Kijing, yang berfungsi sebagai pintu masuk laut dalam bagi Kalimantan dan berpotensi memainkan peranan penting dalam melengkapi fungsi pelabuhan di Sarawak.

“Secara bersama, pembangunan pelabuhan ini mewujudkan peluang untuk fungsi pelabuhan yang saling melengkapi serta ketersambungan jarak jauh yang lebih cekap ke Asia Timur, Timur Tengah dan Eropah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 di sini hari ini.

ANTARA tetamu yang hadir pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026. Foto UKAS

Abang Johari  menambah, peranan Pelabuhan Antarabangsa Kijing di Kalimantan yang boleh saling melengkapi fungsi pelabuhan di Sarawak, sekali gus mewujudkan rangkaian perkapalan jarak jauh yang lebih cekap ke Asia Timur, Timur Tengah dan Eropah.

Beliau turut menjelaskan, penyambungan semula penerbangan terus antara Kuching dan Pontianak bukan sekadar memulihkan laluan udara, tetapi melambangkan pemulihan ketersambungan merentas Borneo yang memudahkan pergerakan manusia, idea dan perusahaan, di samping merancakkan perdagangan, pelancongan, pendidikan dan kerjasama perniagaan.

“Dalam semangat yang sama, Sarawak telah menubuhkan AirBorneo untuk memperkukuh hubungan udara serantau serta memperluas hubungan terus dari destinasi lain dunia,” ujarnya.

Mengenai aspek tenaga pula, beliau menegaskan potensi besar Borneo dalam tenaga boleh diperbaharui yang kini mendapat perhatian dunia.

“Sarawak menyumbang kepada momentum ini melalui kerjasama erat dengan Indonesia termasuk projek pembangunan hidro bersama di Kalimantan Utara dengan rakan-rakan dari Indonesia.

“Kerjasama ini menunjukkan bagaimana Borneo boleh memajukan tenaga bersih melalui perkongsian rentas sempadan yang praktikal,” jelasnya.

Mengulas masa depan Borneo menjelang 2030, beliau berkata, kemajuan Nusantara sebagai ibu negara baharu Indonesia bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi seluruh kepulauan tersebut.

Mengiringi beliau ke IES 2026 ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel serta pegawai kerajaan negeri lain. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ungkapan ‘cerai’ hanya kiasan spontan, bukan motif politik – Nanta
Next: Kepulauan Borneo berpotensi muncul kuasa ekonomi baharu ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.