Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penguatkuasaan peniaga buah bermusim dilaksana secara adil – Dato Wee
  • Selatan
  • WILAYAH

Penguatkuasaan peniaga buah bermusim dilaksana secara adil – Dato Wee

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, ketika ditemui media selepas sidang media Program Menyemai Jiwa Muda melalui Seni Kaligrafi, di Kuching hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menegaskan bahawa sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga buah-buahan bermusim dilaksanakan secara adil dan berperingkat, selaras dengan peraturan serta ordinan sedia ada.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, pihak majlis sentiasa berusaha bersikap munasabah, khususnya ketika berlaku lebihan bekalan buah-buahan bermusim, namun peniaga juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan, kami tidak mahu mengambil tindakan kecuali terpaksa. Namun peniaga juga perlu memainkan peranan dengan tidak menghalang laluan pejalan kaki, tidak menjejaskan perniagaan orang lain serta memastikan kebersihan kawasan sentiasa terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sidang media Program Menyemai Jiwa Muda melalui Seni Kaligrafi, di bilik mesyuarat MBKS hari ini.

Menurut beliau, MBKS telah menyediakan lokasi khas bagi penjualan buah-buahan bermusim tempatan, termasuk di kawasan Tabuan Jaya serta pasar bermusim di kawasan berkenaan, bagi memastikan aktiviti perniagaan dapat dijalankan secara lebih tersusun.

Katanya, kebanyakan tindakan penguatkuasaan hanya diambil selepas beberapa siri amaran dikeluarkan, malah dalam sesetengah kes sehingga lebih lima kali amaran diberikan sebelum tindakan lanjut dilakukan.

“Masalah timbul apabila peniaga mula menggunakan kaki lima dan bahu jalan sehingga menjejaskan keselamatan orang awam.

“Khususnya pejalan kaki yang menggunakan laluan tersebut untuk mengelak hujan, selain menyebabkan kesesakan trafik,” jelasnya.

Tambah Dato Wee, kemudahan penjualan itu adalah khusus bagi membantu petani dan peniaga buah-buahan tempatan, dan tidak melibatkan penjualan buah import yang mengambil kesempatan atas kemudahan yang disediakan secara percuma.

“Ini adalah keistimewaan untuk buah-buahan tempatan bermusim. Apabila hasil banyak, kita sediakan tempat. Namun, peniaga perlu menggunakan lokasi yang telah ditetapkan dan mematuhi peraturan demi kepentingan bersama,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: 12 anggota BBP Limbang, Lawas sertai pertandingan Kawad Kecekapan Zon 7
Next: Ziarah prihatin dan sumbangan pendidikan kepada waris mendiang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.