Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Penglibatan guru perkukuh KRS, bina jati diri murid lebih berkesan
  • PENDIDIKAN

Penglibatan guru perkukuh KRS, bina jati diri murid lebih berkesan

Utusan Sarawak 12 hours ago
PEGAWAI yang terlibat dalam pengurusan KRS menerima pentauliahan sempena majlis yang berlangsung di SMK Tatau, hari ini.

TATAU: Penglibatan aktif guru dalam pengurusan Kadet Remaja Sekolah (KRS) berupaya memperkukuh budaya beruniform di sekolah, di samping membentuk jati diri dan sahsiah murid dengan lebih berkesan.

Pengarah Pendidikan KRS Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Omar Mahli berkata, pentauliahan pegawai yang terlibat dalam pengurusan KRS merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan penting mereka dalam membimbing murid melalui aktiviti badan beruniform.

“Pihak jabatan mengharapkan agar apa yang kita laksanakan sekarang dapat memperkasakan KRS di peringkat daerah dan menggerakkan lebih banyak aktiviti yang memberi peluang luas kepada murid untuk menyertai pasukan beruniform.

“PPD juga digalakkan menubuhkan sekretariat daerah untuk membantu perancangan yang sistematik demi pembangunan KRS yang lebih mantap di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pentauliahan Pegawai Pengurusan KRS Daerah Tatau Sebauh 2025 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau, hari ini.

Menurut beliau, pemakaian seragam KRS setiap hari Rabu seperti digariskan dalam Surat Siaran KPM Bil 19 2013 perlu diteruskan sebagai simbol identiti dan kebanggaan pasukan beruniform tunggal milik Kementerian Pendidikan (KPM).

“Penyertaan pegawai dalam kursus ini akan menjadi pemangkin kepada pengurusan unit beruniform KRS dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) yang lebih mantap sekali gus menyumbang kepada pencungkil dan pengembangan bakat murid,” ujarnya.

Tambah beliau, KRS yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu harus terus dikembangkan agar kekal relevan dengan perubahan zaman dan cabaran semasa termasuk menyesuaikan pendekatan dengan keperluan kemahiran abad ke-21.

Majlis pentauliahan itu turut menjadi platform untuk menyatukan pegawai KRS daerah dalam memperkukuh peranan mereka membimbing murid secara lebih sistematik, termasuk melalui perkhemahan dan aktiviti kokurikulum.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: IACA, MACA komited teroka usaha perkasa kerjasama latihan, pendidikan antirasuah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.