Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Penglibatan aktif ibubapa penting dalam menangani isu buli
  • PENDIDIKAN

Penglibatan aktif ibubapa penting dalam menangani isu buli

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran (tiga, kiri) menunjukkan simbol ‘Antibuli’ bersama para peserta Townhall:Antibuli#GENERASITANPABULI Peringkat Negeri Sarawak hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Penglibatan ibubapa yang lebih aktif dalam kehidupan harian anak-anak amat penting dalam menangani isu buli dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata ibubapa tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membentuk disiplin dan tingkah laku anak-anak merea kepada sekolah atau guru sahaja.

“Ibubapa juga mesti memantau dan terlibat dalam aktiviti harian anak-anak mereka. Ramai antara kita yang terlalu sibuk bekerja hingga menyerahkan segala-galanya kepada pihak sekolah sedangkan sekolah sudah terbeban dengan banyak tanggungjawab.

“Mereka perlu mengambil tahu apa yang berlaku kepada anak-anak mereka, dengan siapa mereka berkawan dan kemana mereka pergi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program dialog awam antibuli di sini hari ini.

Kulasegaran juga berkata beliau yakin hukuman rotan dapat membantu menangani isu disiplin dalam kalangan pelajar sekolah, sama seperti yang diamalkan oleh generasi terdahulu.

“Berdasarkan pengalaman, saya sendiri pernah dirotan oleh guru… kini, apabila pelajar dirotan, mereka akan pulang dan mengadu kepada ibubapa, lalu perkara itu dijadikan isu besar… dahulu, jika kita balik dan beritahu ibubapa, mereka pula akan merotan kita,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Ibubapa mahu rotan dikembali untuk disiplin pelajar
Next: 11 pelajar SPL KKSRCS sertai Lawatan Akademik Industri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.