Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pengisian jawatan guru prasekolah KPM capai 99.8 peratus setakat 1 Julai – Wong
  • PENDIDIKAN

Pengisian jawatan guru prasekolah KPM capai 99.8 peratus setakat 1 Julai – Wong

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan kadar pengisian jawatan guru prasekolah sebanyak 99.8 peratus setakat 1 Julai lepas dengan 10,478 guru ditempatkan di seluruh negara bagi memenuhi keperluan peningkatan akses pendidikan awal kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata sepanjang tempoh 2023 hingga 2025, sebanyak 1,202 guru prasekolah baharu telah ditempatkan manakala pengambilan guru tambahan akan terus dilaksanakan selaras dengan unjuran peningkatan enrolmen di setiap kawasan.

“Bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran prasekolah terus relevan, KPM turut memperkukuh program latihan perkhidmatan, praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan bagi memastikan mereka mempunyai kelayakan serta kompetensi selaras dengan standard pendidikan awal kanak-kanak.

“Latihan ini secara langsung menyokong penyediaan, kemudahan pembelajaran yang berkualiti di setiap kelas prasekolah yang sedang beroperasi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Saad (PN-Baling) mengenai kesiapsiagaan KPM menampung peningkatan permohonan kemasukan prasekolah termasuk aspek bilik darjah, guru dan kemudahan pembelajaran.

Wong berkata setakat 31 Mei lepas, KPM telah mengoperasikan sebanyak 10,491 kelas prasekolah bagi menampung 217,026 murid dan penentuan lokasi pembukaan serta perluasan kelas berkenaan dilakukan bersandarkan penilaian menyeluruh terhadap faktor kritikal seperti unjuran bilangan kanak-kanak yang layak serta permintaan penduduk setempat.

Menjawab soalan tambahan Hassan mengenai sasaran dan tempoh masa memastikan akses menyeluruh kanak-kanak kepada prasekolah kerajaan, Wong menjelaskan KPM menyasarkan pembukaan 300 lagi kelas baharu pada tahun depan.

Menurut beliau, sasaran tahunan itu merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang kementerian yang dijangka memperlihatkan penambahan keseluruhan sebanyak 1,040 kelas dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagi kanak-kanak berumur enam tahun yang belum berpeluang mengikuti prasekolah, katanya KPM akan terus memperluas kelas prasekolah selain bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan agensi berkaitan bagi meningkatkan akses pendidikan prasekolah. – Bernama

Continue Reading

Previous: 96,013 pelajar tingkatan enam terima BAP, libat peruntukan RM14.4 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.