Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengiktirafan untuk PDK
  • TEMPATAN

Pengiktirafan untuk PDK

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYAMPAIAN ANUGERAH… Abang Johari Tun Openg menyampaikan anugerah Usahawan Mikro Kebajikan Sarawak (UKM) 2020 kepada salah seorang pemenang Platium sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Fatimah Abdullah serta Datuk Francis Harden Hollis semasa menghadiri Majlis Perasmian Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) Sarawak 2020 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan tambahan elaun untuk penyelia dan Petugas Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) berkuat kuasa serta merta semalam.

Menurut Abang Johari berita baik untuk warga kerja PDK itu akan dinikmati oleh 55 penyelia dan 297 petugas di 55 PDK di seluruh negeri.

“Jumlah penambahan bayaran belum dibincangkan lagi,” katanya ditemui pemberita selepas Hari UMK 2020 semalam.

Abang Johari bersetuju atas usul penambahan elaun itu yang dikemukakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah dalam ucapan semalam demi menjaga kebajikan warga kerja PDK yang disifatkan tidak setimpal dengan kepakaran mereka.

“Kita mahu melaksanakannya memandangkan kita tidak mempunyai ramai tenaga pengajar PDK,” jelasnya.

Sementara itu, usul lain yang dikemukakan Fatimah untuk menambah bilangan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS), pertukaran status pelantikan ahli terapi kepada penjawatan tetap serta meningkatkan kauntum bantuan penerima bantuan bulanan kebajikan, Abang Johari menjelaskan kerajaan negeri akan mempertimbangkan usul tersebut.

“Kita akan mempertimbangkan cadangan (dua, tiga dan empat) dan memasukkannya dalam Belanjawan Negeri kerana kita perlu lihat implikasi kewangan serta terma lantikan, sama ada ia mengguna KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja),” jelasnya sementara meminta menunggu pengumuman menerui Belanjawan pada bulan November akan datang.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: KODELT umum dividen 10 peratus
Next: Empat kes import positif Covid-19 dicatatkan semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.