Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pengiktirafan AKHP disambut baik peniaga
  • BISNES

Pengiktirafan AKHP disambut baik peniaga

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Ketua KPDNHEP Sarikei, Mohamad Zawawi (kanan) menyerahkan Sijil AKHP kepada pengurus premis salah sebuah premis yang terpilih bagi AKHP 2021.

SARIKEI: Maklum balas para peniaga terhadap Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) amat baik, kata Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Pengguna (KPDNHEP) Sarikei, Mohamad Zawawi.

Katanya, para peniaga di sini amat menyokong penuh usaha kerajaan dalam memperkenalkan AKHP untuk meningkatkan perniagaan mereka.

“Contohnya di Sarikei pada tahun ini, sebanyak 17 premis telah dianugerahkan AKHP 2021.

“InsyaAllah, kita akan perkembangkan lagi AKHP ini ke daerah Pakan dan juga Julau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual para pemberita selepas menyerahkan sijil AKHP kepada premis-premis terpilih bagi AKHP 2021, pagi semalam.

Tambahnya, kepentingan AKHP ini kepada pengguna dan juga peniaga ialah bagi menggalakan wujudnya premis perniagaan yang menjual barangan yang digemari oleh pengguna dengan harga yang berpatutuan dan kompetitif tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan.

“Keduanya ialah memberi pengiktirafan kepada premis perniagaan yang menjual harga barangan dengan harga berpatutan serta kompetitif yang mempunyai sistem perniagaan runcit dan menjamin kualiti barangan perkhidmatan jualan dan etika perniagaan.

“Ketiga ialah untuk membantu pengguna mengenalpasti premis perniagaan yang menawarkan barangan perkhidmatan jualan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan kompetitif.

“Seterusnya, membantu usaha kerajaan bagi menstabilkan harga barangan pada paras harga yang munasabah serta mengurangkan inflasi,” ujarnya.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Perhebat penglibatan dalam industri EV
Next: Labuan FSA tangani pelbagai cabaran meniti perjalanan 25 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.