Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penghuni Taman Seroja Indah terima bantuan makanan
  • TEMPATAN

Penghuni Taman Seroja Indah terima bantuan makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
BANTUAN MAKANAN… Kaunselor Chieng Hock Wong (kiri) dan Chua Choo Yi sedang mengagihkan bantuan makanan kepada salah seorang penghuni yang sedang menjalani proses kuarantin di penempatan JKKK (C) Taman Seroja Indah, Saratok semalam.

SARATOK: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cina (C) Taman Seroja Indah di sini amat memberi perhatian serius terhadap kehidupan para penghuninya yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Ia terbukti apabila JKKK taman berkenaan bertindak mengagihkan bantuan makanan kepada 16 penghuni mereka yang sedang dikuarantin setelah menjalani ‘swab test’ pandemik tersebut sebelum ini.

“Tindakan kuarantin berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan kehidupan kesemua 16 penghuni JKKK (C) Taman Seroja Indah kerana mereka sukar mencari nafkah keluarga disebabkan oleh faktor itu.

“Atas sebab ini saya telah pun mencadangkan pemberian bantuan makanan kepada setiap penghuni tersebut dan dipersetujui oleh semua ahli JKKK yang lain,” kata Pengerusi JKKK (C) Taman Seroja , Lee Chai Teng.

Menerusi cadangan itu, pihak JKKK (C) Taman Seroja Indah kata beliau bersetuju menyumbang satu kampit beras 10 kilogram dan dua papan telur untuk setiap penghuni tersebut dengan proses agihannya telah pun dilakukan oleh para ahli JKKK kelmarin.

Lee berkata, pihak JKKK yakin agihan bantuan makanan berkenaan dapat meringankan beban kesemua 16 ahli keluarga tersebut dalam mengharungi proses kuarantin sehingga ia tamat nanti.

“Bagaimanapun kami amat berharap agar kesemua penghuni tersebut menerima keputusan negatif ‘Swab Test’ Covid-19 agar mereka dapat menjalani kehidupan secara normal bersama keluarga penghuni lain di taman ini,” kata beliau.

Terdahulu proses agihan bantuan kepada para penghuni tersebut telah pun dilakukan oleh wakil dari Majlis Daerah Saratok (MDS), Lee Chai Teng, Setiausaha JKKK (C) Taman Seroja Indah, Chua Choo Yi dan para ahli JKKK yang lain.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Penemuan gas pemangkin pembangunan
Next: SOP perlu dipatuhi di taman rekreasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.