Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghuni rumah panjang dikejutkan kehadiran ular di dapur
  • Tengah
  • WILAYAH

Penghuni rumah panjang dikejutkan kehadiran ular di dapur

Utusan Sarawak 11 hours ago
 DITANGKAP….Anggota bomba menangkap ular di dapur belakang rumah. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Penghuni salah sebuah rumah di Rumah Daykan Kajang 2 Blasuk, Selalang terkejut apabila terlihat seekor ular di dapur belakang rumahnya. 

Bimbang akan keselamatan diri dan keluarga, penghuni tersebut segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 11.37 malam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba bergegas ke lokasi. 

“Sampai di lokasi sekitar 12.31 tengah malam, didapati ular tersebut masih berada di dapur,” katanya ketika dihubungi media, semalam. 

Katanya, anggota bomba menggunakan alat penjerut ular untuk menangkap ular. 

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 14 minit. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 12.45 tengah malam

“Selepas ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat asal,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Utamakan keperluan rakyat luar bandar melalui projek infrastruktur
Next: Masjid baharu, perumahan fokus awal pembangunan di Trusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.