Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghulu ambil inisiatif baiki pejalan kaki
  • Utara
  • WILAYAH

Penghulu ambil inisiatif baiki pejalan kaki

Utusan Sarawak 1 month ago

BATU NIAH: Laluan pejalan kaki yang rosak berhampiran Simpang Klinik Kesihatan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis di sini sangat membahayakan keselamatan semua penggunanya.

Menurut Penghulu Pui Kuan Phen ketika dihubungi Utusan Sarawak, beliau telah dimaklumkan oleh penduduk di sekitar pekan Batu Niah tentang keadaan tersebut.

BAIKI… Penghulu Pui Kuan Phen ditemui penduduk ketika selesai kerja baik pulih laluan pejalan kaki berdekatan Simpang Klinik Kesihatan Batu Niah dan SMK Subis, semalam.

“Saya telah ditemui oleh beberapa penduduk di sini tentang laluan itu, keadaan laluan itu berlubang besar lagi dalam yang boleh mendatangkan kecederaan serius jika terjatuh ke dalam lubang itu.

“Mereka telah memaklumkan dan mengadu tentang kerosakan laluan itu kepada pihak berkuasa, tetapi tiada tindakan.

“Untuk tidak berlaku perkara yang tidak diingini, saya selaku ketua masyarakat di sini telah mengambil inisiatif sendiri untuk membaikinya,” jelasnya.

Tambahnya, keadaan itu sangat berbahaya terutamanya kepada pelajar SMK Subis dan warga emas ke klinik kesihatan.

Beliau berharap pihak berkuasa peka dengan keadaan kerosakan dan kebersihan di sekitar pekan Batu Niah.

Oleh Adum Liu

Tags: Utara

Continue Reading

Previous: Ular sawa ‘bersantai’ di kedai kek ditangkap
Next: Serah terima tugas antara Khairol Ridzuan, Sila Kadong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.