Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penghormatan kepada Dayak: Dataran Khas dicadang berhampiran Kubu Silvia
  • TEMPATAN

Penghormatan kepada Dayak: Dataran Khas dicadang berhampiran Kubu Silvia

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Alexander (tengah) semasa majlis pelancaran buku “Commemorating A Century Of Kapit Peacekeeping (1924–2024)” di Dayak Cultural Foundation, pagi tadi.

KUCHING: Sebuah dataran khas dicadangkan untuk dibina di Kapit sebagai simbol penghargaan terhadap jasa masyarakat Dayak dalam mempertahankan keselamatan dan membangunkan negara.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, lokasi yang dikenal pasti bagi pembinaan dataran itu terletak berhampiran Kubu Silvia, sebuah tapak bersejarah yang signifikan kepada peristiwa perdamaian antara etnik di kawasan pedalaman tersebut.

“Cadangan ini bertepatan dengan sambutan 100 tahun perdamaian di Kapit.

“Tapak berhampiran Kubu Silvia berpotensi untuk dibangunkan sebagai Dataran Rujang Berani, yang akan menjadi mercu tanda landskap melambangkan sejarah perjuangan komuniti Dayak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pelancaran buku Commemorating A Century of Kapit Peacekeeping (1924–2024) di Yayasan Kebudayaan Dayak, pagi tadi.

Alexander menjelaskan bahawa pembinaan dataran itu bukan sekadar untuk mengenang peristiwa sejarah, tetapi juga sebagai simbol penghormatan terhadap sumbangan besar masyarakat Dayak sejak era pra-kemerdekaan.

“Kaum Dayak, tanpa mengira subetnik, pernah berkhidmat dalam pasukan keselamatan seperti Sarawak Rangers dan Malaysian Rangers semasa zaman Darurat di Tanah Melayu.

“Mereka memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan negara sebelum tertubuhnya Malaysia,” ujarnya.

Mengulas mengenai buku yang dilancarkan, beliau berkata karya tersebut merupakan rekod penting yang menghimpunkan pelbagai data sejarah, termasuk ucapan, foto, serta kajian berkaitan usaha perdamaian antara kaum di Kapit sejak 1924.

Beliau menyifatkan buku itu sebagai dokumentasi bernilai yang merakam sejarah perdamaian pelbagai kaum di Kapit, termasuk hubungan erat dengan masyarakat sempadan Indonesia, sekali gus menjadi rujukan penting dalam memahami asas keharmonian yang dinikmati hari ini.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 248 Bas ekspres di Sarawak terima sijil PPP-JPJ
Next: Gawai Dayak jambatan perkukuh ikatan keharmonian masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.