Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Penghibur tempatan dituduh lakukan seks luar tabii, mengaku tidak bersalah
  • MAHKAMAH

Penghibur tempatan dituduh lakukan seks luar tabii, mengaku tidak bersalah

Utusan Sarawak 10 hours ago
DIDAKWA….Ambrose bersama dengan peguamnya setelah prosiding di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

SIBU: Seorang penghibur tempatan telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap seorang remaja bawah umur, pada Mac tahun lepas.

Ambrose Neli, 36, atau lebih dikenali sebagai Wai Buntas bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah faham akan pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh juru bahasa mahkamah dalam bahasa Iban.

Hakim Musyiri Peet kemudian menetapkan kes disebut semula di mahkamah sama pada 20 Ogos ini.

Dalam pada itu, mahkamah turut membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin RM7,000 dengan dua orang penjamin tempatan.

Berdasarkan pertuduhan, Ambrose didakwa melakukan seks luar tabii terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tiga bulan di sebuah rumah panjang di Sungai Menyan pada 9 Mac 2024, jam lebih kurang 2.00 pagi.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun serta tidak lebih 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Zarith sementara tertuduh diwakili oleh peguam Harold Emparak.

Wai Buntas mula dikenali dengan lagu duet seperti Agi Ka Sekali Da, Aku Ka Sarak dan Taukey Lungun, selain lagu solo seperti Wai Buntas Begawai, Wai Buntas Milih Bini, Dik Ngaru Rekung, Bini Tua dan sebagainya.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Masuk tanpa dokumen sah, pasangan suami isteri dihukum penjara enam bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.