Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Penghargaan buat guru, ibubapa tunjang kekuatan anak-anak hadapi peperiksaan
  • PENDIDIKAN

Penghargaan buat guru, ibubapa tunjang kekuatan anak-anak hadapi peperiksaan

Utusan Sarawak 17 hours ago
MAJLIS Solat Hajat Perdana sempena UP-DLP, UPKK, SPM dan STPM Daerah Sri Aman di Masjid Besar Sri Aman, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Pengorbanan, dorongan dan doa guru serta ibubapa menjadi tunjang kekuatan utama anak-anak dalam menempuh dunia pendidikan, khususnya menjelang musim peperiksaan besar yang bakal tiba.

Majlis Solat Hajat Perdana sempena Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UP-DLP), Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Daerah Sri Aman telah berlangsung penuh keberkatan di Masjid Besar Sri Aman, malam tadi.

Majlis berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar, ibubapa, guru serta warga pendidikan setempat yang hadir bagi memohon keberkatan dan dipermudahkan urusan calon-calon peperiksaan.

MAJLIS Solat Hajat Perdana sempena UP-DLP, UPKK, SPM dan STPM Daerah Sri Aman di Masjid Besar Sri Aman, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata program seumpama ini bukan sahaja menjadi wadah memohon doa dan restu untuk kejayaan, tetapi juga mempererat hubungan antara sekolah, ibubapa, masyarakat dan pemimpin setempat.

“Kejayaan anak-anak tidak datang hanya daripada usaha mereka sendiri tetapi hasil daripada doa dan sokongan tanpa henti guru serta ibubapa yang menjadi tulang belakang dalam perjalanan pendidikan mereka,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan disiplin, rasa hormat terhadap guru dan pengharapan berterusan kepada doa restu ibubapa sebagai asas membina kejayaan sejati.

MAJLIS Solat Hajat Perdana sempena UP-DLP, UPKK, SPM dan STPM Daerah Sri Aman di Masjid Besar Sri Aman, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Pada majlis itu, penghargaan turut disampaikan kepada para guru dan ibubapa sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan, dorongan dan doa yang tidak pernah putus demi kejayaan anak-anak Sri Aman.

“Semoga doa yang dipanjatkan malam ini menjadi asbab kejayaan bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam pembentukan jati diri, akhlak dan keimanan anak-anak kita,” ujar beliau.

Majlis tersebut katanya disifatkan sebagai satu usaha bermakna dalam menyemarakkan semangat pelajar menghadapi peperiksaan dengan tenang, yakin dan penuh kebergantungan kepada Allah SWT.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak melangkah pantas ke arah negeri berteknologi tinggi melalui STEM
Next: SPM 2025 bermula 3 November hingga 23 Disember- KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.