Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penggunaan teknologi dalam pendidikan jadi keperluan bukan lagi pilihan
  • SEMASA

Penggunaan teknologi dalam pendidikan jadi keperluan bukan lagi pilihan

Utusan Sarawak 4 months ago
Ir Christopher Gira Sambang (baris dua, empat kanan) merakam kenangan bersama kakitangan Tabika/Taska Kemas Parlimen Selangau pada Majlis Apresiasi Pendidikan Awal Kanak-kanak, baru-baru ini. 

SELANGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang, menegaskan bahawa penggunaan teknologi dalam pendidikan kini menjadi keperluan, bukan lagi pilihan.

Menurut Gira, platform pembelajaran digital, kecerdasan buatan (AI), dan data besar (big data) adalah komponen penting untuk mencipta sistem pendidikan yang lebih baik.

“Teknologi pada masa kini juga membolehkan pembelajaran menjadi lebih fleksibel, interaktif, dan menyeronokkan untuk pelajar,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika/Taska Kemas Parlimen Selangau, baru-baru ini.

Gira juga menekankan bahawa pendidikan bertaraf dunia bukan hanya berfokus pada kecemerlangan akademik, tetapi turut melibatkan pembangunan pemikiran kritis, minda terbuka, dan nilai sejagat.

“Generasi masa depan perlu bersedia menghadapi cabaran global yang semakin rumit,” tambahnya.

Pada majlis sama, beliau turut memuji usaha kerajaan dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.

“Kita amat berterima kasih kepada kerajaan yang memimpin dewasa ini kerana telah banyak bantuan pendidikan diagihkan. Contohnya, dalam masa terdekat ini kita akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu pembelian awal peralatan sekolah murid.

“Sekurang-kurangnya, penggunaan bantuan tersebut dapat meringankan ibu bapa dalam pembelian kasut atau baju sekolah anak-anak,” ujarnya.

Justeru, beliau menggesa pelajar Sarawak memanfaatkan peluang pendidikan yang disediakan dan menyeru ibu bapa terus menyokong pendidikan anak-anak.

“Kerajaan negeri telah melabur dana besar untuk memastikan pendidikan terjamin. Sokongan ibu bapa amat penting bagi memastikan generasi muda mencapai potensi mereka,” tambahnya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pendaftaran SKAS dibuka sepanjang tahun, tidak perlu tergesa-gesa – Michael
Next: PM Anwar percaya isu Petronas, Petros sudah selesai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.