Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penggunaan baja tinja ayam tidak digalakkan
  • NASIONAL

Penggunaan baja tinja ayam tidak digalakkan

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makan Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kanan) meletakkan tapak tangan sebagai gimik perasmian ketika hadir pada Penutupan Hari Keusahawanan dan Kokurikulum 2023 Ma’ahad Al-Ehya Asshariff di Dewan Ma’ahad Al-Ehya Asshariff Gunung Semanggol, semalam. Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kerian Mohd Paku Ruzi Min (tiga, kanan), Pengerusi Yayasan Al-Ehya Asshariff Ahmad Jihbadz Mokhlis Mokhtar (kanan) dan Pengetua Ma’ahad Al-Ehya Asshariff Ahmad Jahid Mamduh Shahar Murshid (kiri). FotoBERNAMA

BAGAN SERAI: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak menggalakkan penggunaan baja tinja ayam, walaupun tiada sebarang peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa kementerian itu yang menghalang penggunaan baja berkenaan secara meluas dalam sektor pertanian.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hal ini kerana baja itu menyebabkan ketidakselesaan kepada orang ramai kerana berbau busuk dan berpotensi menyebabkan kelecuran sekiranya bersentuhan dengan tanaman.

“Penggunaan baja tinja ayam juga boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada manusia,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutup Hari Keusahawanan dan Kurikulum di Maahad Al-Ehya Assharif Gunung Semanggol di sini malam tadi, yang turut dihadiri lebih 300 tetamu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan dibuat peniaga gerai makanan di sekitar Parit Haji Aman dan Parit Haji Tahir di sini berkenaan kacau ganggu lalat dan pencemaran bau ekoran penggunaan tinja ayam di sebuah kebun sayur yang diusahakan etnik Rohingya.

Mohamad berkata, aduan boleh dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut, dan sekiranya berlaku gangguan bau di sesuatu kawasan, maka mana-mana individu yang melaksanakan aktiviti pertanian ini boleh disiasat di bawah Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Sementara itu, mengulas kegiatan pertanian dijalankan etnik Rohingya berdekatan kedua-dua lokasi terbabit, beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan lokasi berkenaan dimiliki sepenuhnya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Ia merupakan kawasan rizab tali air yang dimiliki sepenuhnya oleh JPS. Tindakan sewajarnya mungkin boleh dilakukan oleh pihak berwajib berkaitan untuk melihat perkara ini dengan lebih lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata beliau berpendapat stigma negatif merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan rakyat tempatan khususnya golongan belia menceburkan diri dalam bidang pertanian.

“Dulu, kita kata tanam sayur tidak menguntungkan, namun kita tengok etnik Rohingya dan warga Myanmar mereka sanggup terjun ke bidang ini dan berjaya … jadi, ini merupakan cabaran sebenar rakyat Malaysia kena hadapi,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Rombakan Kabinet tidak semestinya ubah dasar kementerian – Ahmad Zahid
Next: Kerajaan jamin pencen pesara tidak berkurangan – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.